awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia perkenal khidmat masyarakat, mediasi ganti hukuman penjara
Jalan licin akibat ais ganggu pergerakan kenderaan di Jerman
Selaras seragam sekolah bantu kurangkan beban B40
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, seorang cedera kereta rempuh lori

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
14/07/2018
10:42 MYT
Tiga maut, seorang cedera kereta rempuh lori
Mohamad Taib berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tiga sekawan maut selepas kenderaan mereka merempuh sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 225, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang pada Sabtu.
Dalam kejadian sekitar 8.50 pagi itu, mangsa, pemandu kenderaan jenis Myvi, Lobptihai Lee Sern Koung, 25, dan Tan Hock Lai, 24 maut di tempat kejadian manakala rakan mereka, Ong Cheng Lian,23, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata ketiga-tiga mangsa itu dipercayai dalam perjalanan ke Pulau Pinang sebelum terlibat dalam insiden berkenaan.
"Siasatan awal mendapati kenderaan milik mangsa dan sebuah lagi lori sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pinang, sebelum MyVi milik mangsa secara tiba-tiba melanggar belakang lori tersebut.
“Susulan rempuhan itu, pemandu dan penumpang hadapan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping,” katanya kepada pemberita.
Mohamad Taib berkata seorang lagi rakan, berusia 23 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan kini mendapatkan rawatan susulan.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#bukit gantang
#Hospital Taiping
#Ketua Polis Daerah Taiping
#maut
#Mohamad Taib
#Myvi
#PLUS
#R&R
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan