awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, tiga cedera nahas dua kenderaan di Tapah

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2025
06:56 MYT
Tiga maut, tiga cedera nahas dua kenderaan di Tapah
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Chong Ong, 77; Teh Kim Kai, 76; dan Tan Ah Tak, 70. - Gambar/ JBPM
TAPAH: Tiga individu disahkan maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 328.9 Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan di sini pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Tiga individu disahkan maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan Proton X50 dan Toyota Vios di Kilometer 328.9 Lebuhraya UtaraSelatan arah selatan, Tapah, pada jam 11.19 pagi Selasa.
  • Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Chong Ong, Teh Kim Kai dan Tan Ah Tak, manakala kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut oleh pihak polis dan pasukan bomba.
  • Kemalangan menyebabkan lorong kiri lebuh raya terhalang dan trafik sesak sepanjang tiga kilometer, dengan pengguna dinasihatkan agar memandu secara berhati-hati.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 11.19 pagi itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Chong Ong, 77; Teh Kim Kai, 76; dan Tan Ah Tak, 70.
Semasa kejadian, kereta jenis Proton X50 yang dinaiki ketiga-tiga mangsa bersama dua lagi individu telah bertembung dengan sebuah Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Tiga mangsa yang disahkan maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi mangsa cedera diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan,” katanya.
Sementara itu, aplikasi trafik X Plusline memaklumkan bahawa kemalangan tersebut turut menyebabkan lorong kiri lebuh raya terhalang dan trafik sesak sepanjang tiga kilometer.
Keadaan trafik dilaporkan perlahan susulan insiden tersebut dan pengguna dinasihatkan supaya memandu dengan lebih berhati-hati. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Tapah
#PLUS
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan