awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga nelayan hilang ditemui selamat di Thailand

Bernama
Bernama
21/08/2023
09:19 MYT
Tiga nelayan hilang ditemui selamat di Thailand
Bot mereka didapati kehabisan minyak dan rosak serta perlu ditunda oleh Polis Marin Thailand hingga ke sempadan. - Gambar/ Sinar Harian
BACHOK: Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata bot tersebut didapati kehabisan minyak dan rosak serta perlu ditunda oleh Polis Marin Thailand hingga ke sempadan.
"Bot tersebut ditemukan 10 kilometer dari sempadan perairan Malaysia-Thailand.
"Ketiga-tiga mangsa dijangka tiba di Jeti Kuala Kemasin lewat petang ini," katanya kepada pemberita di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemasin, di sini hari ini.
Terdahulu, Bernama melaporkan tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di sini, dilaporkan hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.
- Bernama
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#Kelantan
#Bachok
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan