awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang

Bernama
Bernama
21/08/2023
05:02 MYT
Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
APMM Kelantan sedang mengaktifkan Carilamat tiga nelayan dikhuatiri hilang di Kuala Kemasin, Bachok. Gambar kecil Rohimi, Nik Muhammad Syafiqrullah, Muhammad Amir Zulfikar. - Foto Sinar Harian
BACHOK: Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di sini, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.
Isteri seorang daripada mangsa, Nik Suliana Bikri Kamal, 41, berkata suaminya Rohaimi Ahmad, 47, anak mereka Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21, dan kawannya Amir Zulfikar Che Wil, 29, keluar dari kuala tersebut dengan menaiki bot yang dipinjam daripada menantu mereka Raja Mohd Shamsul Amir Raja Ismail, menuju Pantai Sabak, Kota Bharu.
"Biasanya pukul 3 atau 4 petang mereka sudah balik dan membawa tangkapan, tetapi sehingga jam tersebut mereka tidak muncul dan usaha pencarian dilakukan bermula 6 petang semalam," katanya ketika ditemui di Kampung Kemasin di sini, hari ini.
Ibu kepada 10 anak itu berkata Raja Mohd Shamsul memaklumkannya nelayan lain memberitahu bot mangsa pulang awal dan disangkakan sudah sampai di Jeti Kuala Kemasin.
Nik Suliana berkata ketiga-tiga mereka sudah biasa ke laut dan berpengalaman lebih 10 tahun menangkap ikan.
"Mungkin berlaku perubahan cuaca dan mereka tersasar laluan ke tempat lain. Apapun kita berdoa mereka selamat," katanya.
Sementara itu Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Leftenan Ishak Rahmat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan yang mengesahkan kejadian itu, berkata enam anggota agensi itu di darat dan lapan anggota di laut ditugaskan dalam operasi tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#Kuala Kemasin
#Bachok
#APMM Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan