awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga parah nahas van, lori di Lebuhraya Utara-Selatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/03/2023
00:50 MYT
Tiga parah nahas van, lori di Lebuhraya Utara-Selatan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam nahas di Kilometer 268 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara. - Foto JBPM
IPOH: Pemandu serta dua penumpang sebuah van parah selepas kenderaan yang mereka naiki dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 268 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara, di sini, pagi ini.
Mangsa yang cedera parah terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 20 hingga 50 tahun.
Seorang lagi penumpang lelaki dan seorang perempuan mengalami cedera ringan.
Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Mahmud Azaddin, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.05 pagi.
“Setibanya jentera dilokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori 20 tan dan sebuah van jenis Mercedes.
“Terdapat lima mangsa terlibat, tiga orang cedera parah manakala dua lagi mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang parah dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulan Kementerian Kesihatan.
Operasi yang turut dibantu anggota dari BBP Meru Raya dan BBP Simpang Pulai tamat jam 7.19 pagi,
Topic Berkaitan
#Nahas
#van
#Lori
#Mahmud Azaddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan