Hari pertama sesi persekolahan terutamanya bagi murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Silibin di sini menjadi tumpuan apabila tiga pasangan kembar seiras hadir bersama ibu bapa masing-masing hari ini.
Malah, kehadiran keenam-enam mereka yang merupakan antara 93 murid Tahun 1 berdaftar di sekolah tersebut turut menarik perhatian golongan ibu bapa serta warga pendidik yang teruja dengan pendaftaran kembar-kembar berkenaan.
Ketika ditemui Astro AWANI, bapa kepada pasangan Muhammad Syits Daniel dan Muhammad Syits Danish iaitu Shamsuri Saad, 37, menjelaskan, kedua-dua anaknya itu sangat gembira untuk memulakan hari pertama persekolahan apabila sering mencuba pakaian seragam yang dibeli.
Katanya, dia cukup yakin bahawa perasaan untuk melaksanakan persediaaan buat anak kembarnya pasti berbeza dengan ibu bapa lain kerana kali ini, ianya perlu dilaksanakan buat dua murid sekaligus.
Shamsuri juga sempat meluahkan perasaan terhibur dengan gelagat anak kembarnya yang tidak sabar untuk pergi ke sekolah dan berkenalan dengan rakan baru biarpun akan dikelilingi suasana serba baharu.
Tambahnya, dia sedikit risau apabila pasangan tersebut dipisahkan di dalam kelas berlainan kerana kedua-dua anaknya itu tidak pernah berpisah dan sering melakukan aktiviti bersama sebelum ini.
“Untuk persiapan mereka, semua yang dicari kena double, kalau bendanya berbeza, mereka akan protes, memang mereka hendak benda yang semuanya sama.
“Cikgu kata, kita tengok dulu minggu ni macam mana.. kalau si kembar ada masalah, mereka akan disatukan. Kalau tiada masalah, eloklah dipisahkan. Tapi memang berairlah mata mereka tadi sebab dah biasa bersama,” kata Shamsuri.
Bagi N. Sathiyawani, 36, ibu kepada pasangan kembar A. Yasheca dan A. Yashela, dia menjelaskan kedua-dua anaknya begitu teruja untuk memulakan persekolahan sejak dua minggu lalu apabila sering bertanya tarikh mula sekolah.
“Mereka memang bersemangat, dah siapkan beg dan kasut sekolah sejak dua minggu lepas. Mereka bosan di rumah dan hendak cari kawan-kawan baru,” katanya.
Dalam pada itu, Guru Besar SK Silibin, Badrul Hisham Yusof berkata seramai 90 daripada 93 murid Tahun 1 telah mendaftar dan hadir ke sekolah bagi sesi 2018 yang bermula hari ini.
Katanya juga, ini merupakan kali pertama sekolah itu menerima kemasukan tiga pasangan kembar seiras serentak.
“Untuk pasangan-pasangan kembar, dasar kita adalah untuk memisahkan mereka tetapi kita ada proses transisi selama seminggu. Dalam seminggu ni, kita tengok keberkesanan, jika ia menggangu pembelajaran mereka atau tidak. Jika ya, mereka akan dicantumkan semula,” kata Badrul Hisham.
Dalam pada itu katanya, pihak sekolah pada tahun ini akan memberi tumpuan untuk mengatasi masalah penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira supaya murid Tahun 1 tidak berhadapan masalah apabila memasuki Tahun 2 nanti.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Jan 02 2018
Tiga pasangan kembar seiras mencuri tumpuan pada hari pertama persekolahan di SK Silibin di Ipoh, Perak hari ini. - Astro AWANI
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Pelajar tingkatan lima SMK Petra Jaya jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya di sini bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.
Kehadiran 'dinosaur' kejutkan murid SK Seri Relau
Murid-murid sekolah 'dikejutkan' dengan kehadiran beberapa ekor 'dinosaur' yang menyambut kehadiran mereka.
Murid SK Permatang Badak teruja Pak Nil datang sekolah
Seramai 666 pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Badak diceriakan dengan kehadiran pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi, pada hari pertama sekolah hari ini.
Kasut putih jadi pilihan disiplinkan murid
Tatkala ramai ibu bapa menggayakan kasut sekolah berwarna hitam kepada anak-anak mereka, namun masih ada yang memilih untuk memakai kasut putih.
Tiga pasang kembar seiras curi tumpuan hari pertama sekolah
Tiga pasangan kembar seiras mencuri tumpuan pada hari pertama persekolahan di SK Silibin di Ipoh, Perak hari ini.
Wow! Comelnya gelagat anak selebriti ke sekolah
Kami kongsikan adegan menarik yang sempat dirakamkan menerusi lensa kamera selebriti sempena hari pertama Sesi Persekolahan Tahun 2018.
'Ku Serah Padamu': Sekolah tanpa kehadiran ibu bapa di SK Minden Height
Menerusi program ini, semua ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak mereka di perkarangan pintu pagar sekolah.