awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar senior madrasah mengaku salah cederakan junior

Bernama
Bernama
29/11/2021
07:11 MYT
Tiga pelajar senior madrasah mengaku salah cederakan junior
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan terhadap kedua-dua pelajar itu, masing-masing berusia 10 dan 12 tahun di bilik asrama sebuah pusat tahfiz di Hulu Langat.- Gambar hiasan
KAJANG: Tiga remaja yang juga pelajar senior sebuah madrasah di Hulu Langat hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencederakan dua pelajar junior di madrasah yang sama, bulan lepas.
Ketiga-tiga tertuduh adalah pesalah juvana berusia antara 16 dan 17 tahun, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 29 Dis ini untuk pendengaran laporan akhlak, bagi kesemua tertuduh sebelum hukuman dijatuhkan.
Di mahkamah sama, seorang lagi pelajar senior madrasah tersebut Muhammad Muaz Zainul Abidin, 24, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan serupa dan mahkamah turut menetapkan tarikh sama (29 Dis) untuk sebutan semula kes.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan terhadap kedua-dua pelajar itu, masing-masing berusia 10 dan 12 tahun di bilik asrama sebuah pusat tahfiz di Hulu Langat, di sini pada 7.30 petang, 31 Okt lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran menawarkan jaminan RM4,000 bagi setiap pesalah juvana itu, manakala RM5,000 bagi Muhammad Muaz.
Namun, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan itu dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tiga pesalah juvana itu diikat jamin RM1,000 setiap seorang, manakala Muhammad Muaz diikat jamin RM1,500, masing-masing dengan seorang penjamin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar madrasah
#belasah junior
#Hulu Langat
#buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan