awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pembekal masing-masing didenda RM10,000 miliki barang kawalan tanpa lesen

Bernama
Bernama
05/01/2025
12:00 MYT
Tiga pembekal masing-masing didenda RM10,000 miliki barang kawalan tanpa lesen
Hakim Zulkifli Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Zamri Mat Daud, Muhammad Baharuddin Sukri, dan Muhammad Affizan Fauzi. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tiga pembekal minyak masak dan diesel masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki barangan kawalan tanpa lesen sah pada 2023.
Hakim Zulkifli Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Zamri Mat Daud, 51, Muhammad Baharuddin Sukri, 31, dan Muhammad Affizan Fauzi, 30.
Pertuduhan dijalankan secara berasingan dengan Zamri didakwa memiliki barang kawalan iaitu 408 kilogram minyak masak dalam keadaan menimbulkan syak di Pengkalan Haram Paija, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 7.30 pagi, 17 Jun 2023.
Sementara itu, Muhammad Baharuddin didakwa memiliki 1,000.26 liter diesel di tepi jalan lampu isyarat Pasar Raya Salamku Pasir Pekan, Jalan Pasir Pekan-Kutan, Tumpat pada 6.55 pagi, 16 Nov 2023 manakala Muhammad Affizan pula dituduh memiliki barangan sama sebanyak 1,328.535 liter di Lorong Maut, Kampung Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 8 malam 11 Nov 2023.
Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Muhammadi Iman Masjuri dan Wan Mohd Razif Wan Ghazali manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al Basysyar Saharuddin dan Mohd Taufikrullah Rusli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#kpdn
#Mahkamah Sesyen
#hukuman denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan