awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga penganggur samun guna parang ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2022
22:50 MYT
Tiga penganggur samun guna parang ditahan
Tiga suspek disyaki terlibat dalam jenayah samun bersenjata yang ditahan dalam serbuan berasingan sekitar Inderasabah dan Balung, Tawau. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Tiga penganggur ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes samun menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah Kampung Balung Cocos, di sini, pada Rabu.
Semua suspek lelaki tempatan berusia antara 38 hingga 44 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di kawasan Inderasabah dan Balung pada jam 6.30 pagi hari yang sama iaitu kira-kira lima jam selepas melakukan jenayah itu.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua suspek ditahan sepasukan polis dari D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
"Tangkapan itu dilakukan susulan kejadian samun yang dilakukan kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa sedang tidur di rumah dan didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan parang.
"Suspek bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum melarikan barangan peribadi milik mangsa termasuk emas yang dianggarkan bernilai RM90,000," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Katanya lagi, polis kemudian melancarkan operasi bagi mengesan suspek dan berjaya menahan suspek pertama dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Ladang 60 Inderasabah.
"Dua lagi suspek kemudian berjaya ditahan di dua lokasi berasingan di Kampung Rancangan Batu 22. Kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
"Hasil siasatan daripada rekod jenayah lampau, dua daripada tiga suspek terlibat dengan pelbagai jenayah lampau termasuk dadah.
"Suspek pertama pernah ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kedua pula memiliki rekod jenayah serta dadah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 12(3), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Jasmin berkata, pihaknya menyifatkan tangkapan itu berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah yang agresif dan berbahaya di daerah ini.
"Polis akan terus menggiatkan usaha bagi mengesan penjenayah dan pesalah dadah yang lain melalui operasi-operasi menerusi operasi yang dilaksanakan dari masa ke masa," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kampung Balung Cocos
#samun menggunakan parang
#Tiga penganggur ditahan
#Ladang 60 Inderasabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan