awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rakan didakwa edar lebih 119 kilogram dadah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/04/2022
04:26 MYT
Tiga rakan didakwa edar lebih 119 kilogram dadah
Ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 119.705 gram. - Foto Astro AWANI
IPOH: Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di sini pada Jumaat atas tuduhan secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih 119 kilogram, bulan lepas. 
 
Tertuduh, G. Agilan, 37, Rahisham Abdul Ghani, 35, dan Mohd Asrul Afandi Zulkifli, 32, mengangguk faham apabila tuduhan terhadap mereka dibacakan serentak dihadapan Majistret Jesseca Daimis. 
 
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 


Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 119.705 gram. 
 
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Lahat, Simpang Pulai, Kampung Kepayang, Ipoh, kira-kira jam 11.20 pagi, 21 Mac lalu. 
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama. 
 
Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukan hukuman gantung sampai, jika sabit kesalahan. 
 
Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Jun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan kimia. 
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili Peguam Rajit Singh.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Mahkamah Majistret
#Ipoh
#tiga sahabat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan