awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/01/2021
03:45 MYT
Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
Mereka bersama-sama dua orang yang masih bebas didakwa membunuh K. Arun, 34, dengan menggunakan parang, berhampiran sebuah kuil di Ladang Tanjung Rambutan. - Foto Astro AWANI
IPOH:Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh seorang lelaki di dalam sebuah ladang di Tanjung Rambutan, hujung bulan lalu.
N. Aviinesh Sarma, 21, S. Lingeshwarran, 23, dan P, Siva Raman, 33, masing-masing hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan bersama di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama-sama dua orang yang masih bebas didakwa membunuh K. Arun, 34, dengan menggunakan parang, berhampiran sebuah kuil di Ladang Tanjung Rambutan, antara jam 7.40 hingga 8.45 malam, 31 Disember lalu.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula untuk laporan kimia dan bedah siasat mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Shahrul Nizam Mohd Rabi dan C. Kaladevi.
Pada 1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan di pergelangan tangan dan bahagian belakang badan.
Berdasarkan maklumat polis, mangsa yang berusia 34 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau, termasuk dua kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#tuduhan bunuh
#mahkamah
#bunuh
#jenayah
#mayat
#bunuh rakan
#mati
#lelaki
#Tanjung Rambutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan