awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sahabat 'kerjasama' edar dadah berdepan hukuman gantung

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
30/01/2018
11:42 MYT
Tiga sahabat 'kerjasama' edar dadah berdepan hukuman gantung
Tiga rakan S.Devasivasharman, 21, P.P P.Muniswaran, 43, dan G.Kalaiyarasan, 46, diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret hari ini, atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Heroin seberat 5.886 kilogram. - Foto Bernama
Tiga sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan bersama-sama mengedar dadah jenis heroin dianggarkan seberat 5.8 kilogram di sebuah premis rumah kedai dua minggu lepas.
Ketiga-tiga tertuduh, S. Devasivasharman, 22 tahun, P.P.P. Muniswaran,44 tahun dan G. Kalaiyarasan, 47 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua ketiga tertuduh.
Mengikut pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama-sama mengedar dadah jenis heroin seberat 2.67 kilogram.
Kesalahan tersebut dilakukan oleh mereka kira-kira pukul 12.30 tengahari di sebuah premis rumah kedai di Jalan Jelapang, Jelapang dekat sini pada 17 Januari lalu.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa secara bersama-sama mengedar dadah jenis heroin seberat 3.19 kilogram di lokasi, masa dan tarikh yang sama dengan pertuduhan pertama.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Sesyen 39B(2) akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Nurul Qistina Qamarul Abrar manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguambela, Charan Singh dan Jagdave Singh.
Nurul Hafizah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 28 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan sebuah serbuan polis ke atas sebuah makmal memproses dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM619,412 di Jelapang.
Polis turut menahan lapan orang ahli sindiket termasuk seorang wanita dalam serbuan di sebuah premis rumah kedai di Jelapang di sini pada 17 Januari lepas.
Kesemua suspek yang ditahan dalam serbuan bermula pukul 12.30 tengah hari berusia dalam lingkungan 22 hingga 47 tahun termasuk seorang wanita dan seorang lelaki warga Sri Lanka.
Siasatan awal turut mendapati bahawa makmal dadah berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak dua bulan lepas dan modus operandi sindiket itu adalah memproses dadah di lokasi selepas mendapat pesanan daripada pelanggan.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Dadah
#edar dadah
#edar heroin
#heroin
#hukuman gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan