SEPANG: Seorang ibu warganegara Malaysia bersama dua anaknya yang terperangkap di wilayah Al Gaza, Sudan ekoran konflik di negara itu, selamat kembali ke tanah air hari ini selepas 22 hari terkandas.
Junaidah Selamat, 49, dan dua anaknya Mohamad Ashraf, 18, dan Juliana Ashraf, 23, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menerusi penerbangan Saudia SV842 yang mendarat pukul 4.15 pagi tadi.
Namun malangnya, suami beliau yang merupakan warganegara Sudan, Ashraf Gasim Elsimd, 54 masih terkandas di Port Sudan kerana tidak memiliki pas residen Arab Saudi.
"Dia (suami) kini berada di Port Sudan dan Alhamdulillah dalam keadaan selamat kerana telah keluar dari Khartoum yang masih tegang. Saya harap urusannya (untuk kembali ke Malaysia) dipermudahkan dan kami sekeluarga dapat bersatu semula," katanya kepada media sejurus tiba di KLIA dan disambut pegawai Wisma Putra.
Pertempuran antara Angakatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus di Khartoum dan kawasan sekitar pada 15 April lepas telah mengorbankan lebih 500 orang, dengan lebih 5,000 cedera serta lebih 100,000 penduduk dipaksa melarikan diri ke negara jiran.
Junaidah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua petugas Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, kerajaan Arab Saudi, Kedutaan Besar Pakistan di Sudan serta semua pihak yang membantu membawa beliau dan anak-anak agar selamat keluar dari Khartoum.
Berkongsi pengalaman di Sudan, anak kelahiran Jeram, Selangor itu berkata sebelum pertempuran berlaku pada 15 April lepas, suaminya mengambil anak-anak dari sekolah dan menyatakan peperangan akan berlaku.
"Masa itu saya merasakan ia adalah perkara biasa kerana memang biasa berlaku demonstrasi di Sudan. Tetapi pada hari kedua (16 April) ketika bangun untuk solat Subuh kedengaran bunyi tembakan dan tembakan dari kereta kebal sehingga rumah kami bergegar malah peluru-peluru mula memasuki kediaman," kata ibu kepada empat anak itu.
Junaidah berkata selepas itu situasi kian meruncing sehingga bekalan elektrik terputus, barang keperluan terutama air minum tiada lagi dijual sehingga orang awam kini mengambil kesempatan untuk memecah masuk rumah dan kedai mencuri harta dan makanan.
"COVID-19 lebih baik dari peperangan kerana peperangan ini antara hidup dan mati. Kalau sakit tidak boleh ke hospital kerana semuanya telah ditawan tentera untuk dijadikan markas. Bangunan am lain seperti sekolah juga dijadikan penempatan tentera. Kalau nak keluar beli makanan, ada sekatan askar dan mereka suruh patah balik kalau tak dengar cakap, akan kena tembak," katanya.
Junaidah berkata selepas enam hari beliau mendapat maklumat dari kakaknya di Malaysia menyatakan Wisma Putra menjalankan proses evakuasi rakyat Malaysia keluar dari Sudan, namun sudah terlambat kerana namanya tidak dipanggil kerana tidak berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.
"Oleh itu anak saya yang berada di Malaysia, Ahmad Ashraf, 25 memaklumkan kepada Wisma Putra dan kemudian diberi nombor telefon untuk dihubungi di Sudan. Selepas Kedutaan Besar Malaysia di Sudan menjawab e-mel saya. Kebetulan saya memang kena balik Malaysia pada September sebab pasport perlu diperbaharui," katanya.
Selepas itu, beliau berkata Wisma Putra memaklumkan untuk pergi ke Port Sudan namun perjalanan itu mendebarkan kerana setiap 10 minit ada sekatan jalan oleh tentera namun perjalanan itu dipermudahkan dengan penyediaan dokumen-dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Junaidah Selamat bersama dua anaknya, Mohamad Ashraf dan Juliana Ashraf disambut anak sulungnya Ahmad Ashraf di KLIA. - Foto BERNAMA
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Banjir: 10,000 Orang Asli Temiar di tujuh penempatan terputus hubungan
Kira-kira 10,000 masyarakat Orang Asli Temiar yang tinggal di tujuh penempatan di sekitar di jajahan ini terputus hubungan selepas laluan Kuala Betis-Gua Musang mengalami bencana tanah runtuh.
Lebih 200 rakyat Thailand terkandas di Myanmar
Kedutaan Thailand di Yangon telah membuat persiapan untuk memastikan mereka dapat kembali dengan selamat.
Tiga sekeluarga terkandas 22 hari di Sudan selamat kembali ke Malaysia
Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Saudia SV842 yang mendarat pukul 4.15 pagi tadi.
213 rakyat Thailand yang di bawa keluar dari Sudan selamat tiba di tanah air
Seramai 213 rakyat Thailand dan keluarga mereka yang terkandas di Sudan sudah pun kembali ke tanah air, kata jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke.
Nelayan Indonesia diselamatkan selepas enam hari tanpa makanan
Kesemua nelayan tersebut telah dipindahkan menaiki helikopter pada Isnin dari Pulau Bedwell.
Jemaah umrah terkandas di Mekah, tak mampu bayar bil rawatan
Kamis Ahmad dimasukkan ke hospital pada 13 Mac lalu dan terpaksa ditidurkan selama lapan hari.
Lapan pendaki terkandas di Gunung Liang selamat
Hujan lebat berterusan menyebabkan laluan turun yang merintangi sungai telah dinaiki air.
Banjir: 431 Calon SPM terkandas, tidak dapat duduki peperiksaan
LP sedang mengumpul maklumat terperinci mengenai calon terlibat dan penjadualan semula peperiksaan SPM 2022 akan dilaksanakan.
Lagi kejadian feri Langkawi terkandas di Kuala Kedah
Kejadian feri penumpang terkandas di perairan berhampiran Terminal Feri Kuala Kedah di sini, berlaku lagi.
150 peserta CSR terkandas akibat jambatan runtuh, hujan
Kumpulan itu terpaksa bermalam di lokasi kejadian sementara menunggu keesokan hari untuk balik semula ke Gua Musang.