awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sekolah di Perlis, Kedah ditutup esok susulan banjir

Bernama
Bernama
24/09/2017
14:31 MYT
Tiga sekolah di Perlis, Kedah ditutup esok susulan banjir
Di Perlis ia melibatkan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar yang masih tidak selamat digunakan akibat dinaiki air, dengan melibatkan 787 orang murid. - Gambar fail
Sebanyak tiga buah sekolah di Kedah dan Perlis ditutup esok berikutan kejadian banjir.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata keputusan penutupan dibuat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Di Perlis ia melibatkan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar yang masih tidak selamat digunakan akibat dinaiki air, dengan melibatkan 787 orang murid.
Namun guru serta kakitangan sekolah itu akan bertugas seperti biasa, kata KPM dalam satu kenyataan itu.
Di Kedah, sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Banai di Jitra dan SK Bukit Hijau di Alor Setar setelah seluruh kawasan sekolah ditenggelami air.
Penutupan SK Seri Banai yang juga terputus bekalan elektrik melibatkan 314 murid dan 35 orang guru serta kakitangan sekolah.
Penutupan SK Bukit Hijau pula melibatkan seramai 198 murid susulan laluan ke sekolah berkenaan terputus selain ia dijadikan pusat penempatan sementara mangsa banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kedah
#Kementerian Pendidikan
#penutupan
#Perlis
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan