KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini.
Mereka ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh, Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah Noraini Idris dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Datuk Seri Zurainah Musa.
Nuridah adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berkuat kuasa mulai 29 Nov 2021 hingga 28 Nov 2024 manakala Noraini dan Zurainah masing-masing adalah lantikan baharu oleh DUN Sabah dan Yang di-Pertuan Agong.
Pelantikan Noraini berkuat kuasa mulai 10 Dis 2021 hingga 9 Dis 2024 manakala Zurainah mulai hari ini hingga 21 Dis 2024.
Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.
Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan tiga Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya menggalas tanggungjawab sebaik mungkin dan menunaikan segala sumpah yang telah dilafazkan dengan penuh amanah kerana Dewan Negara ketika ini sedang melalui fasa transformasi.
Menurutnya, Ahli Dewan Negara mestilah bertindak seiring agenda membaharui tekad dan langkah serta tindakan sebagai seorang Senator kerana jika gagal melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan, rakyat akan menghakimi mereka.
"Dalam konteks itu juga, marilah kita bersama-sama memperkecilkan peranan politik di dalam dewan ini dan memperbesarkan peranan negara kita," katanya.
Sementara itu, Rais turut memberi penekanan terhadap Peraturan Mesyuarat 13(2) yang memperuntukkan seseorang itu boleh dengan usaha dan permohonan khas membuat usul atas apa jua yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan ataupun oleh pihak berkuasa.
Di bawah peraturan itu, dengan dibawa usul yang tidak dikehendak dikeluarkan, pemberitahu boleh memutuskan hendak menjalankan mana-mana jua urusan dengan tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan dan usul itu hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain dan diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas.
"Saya perlu menekankan iaitu peruntukan ini tiada di Dewan Rakyat dan sayangnya peruntukan ini jarang sekali digunakan di Dewan yang mulia ini. Misalnya pada zaman dan masa kita berhadapan dengan tengkujuh ini, tidak ada satu pun usul yang kita buat, kita menganggap keadaan sekarang sama seperti biasa.
"Keadaan sebegitu harus diubah dan marilah kita bersama-sama berganding bahu dan diharapkan dengan kemasukan ketiga-tiga wirawati Senator ini dapat mengubah keadaan seterusnya," kata Rais.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021
Pelantikan Noraini (gambar) berkuat kuasa mulai 10 Dis 2021 hingga 9 Dis 2024. --fotoBERNAMA
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Bernie Sanders dipilih semula di Vermont, peroleh penggal keempat di Senat AS
Senator bebas Bernie Sanders menewaskan Gerald Malloy bagi memperoleh penggal keempat di Senat AS.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Bekas ADUN Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.
38 Senator ambil bahagian bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 38 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas di Dewan Negara.
ADUN Bayu, Setiausaha Pas Kedah dipilih jadi Senator
Persidangan DUN Kedah bersetuju memilih ADUN Bayu Abd Nasir Idris dan Setiausaha Pas Kedah Musoddak Ahmad sebagai Senator.
Senator AS Marsha Blackburn ahli politik AS terbaharu lawat Taiwan
Senator AS Marsha Blackburn ahli politik AS terbaharu lawat Taiwan
Kerajaan disaran tambah hari bersidang untuk perkasa Dewan Negara
Khairudin berkata tempoh 28 hari bersidang dalam setahun adalah tidak mencukupi untuk para senator memperjuang nasib rakyat.
Tiga senator angkat sumpah ahli Dewan Negara
Mereka ialah Ketua Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh, Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah Noraini Idris dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corp Datuk Seri Zurainah Musa.
Pegawai khas Shahidan Kassim dilantik senator
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini menerima cadangan pelantikan dua Ahli Dewan Negara baharu yang dikemukakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.