awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga suspek bunuh anggota TLDM direman tujuh hari

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
01/10/2017
03:02 MYT
Tiga suspek bunuh anggota TLDM direman tujuh hari
Tiga suspek kes bunuh anggota TLDM dibawa bersama suspek kes lain ke Mahkamah Majistret hari ini. - Astro AWANI Perak
Tiga suspek kes bunuh dua Laskar Kelas 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit, Stesen Komunikasi TLDM di Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Oktober.
Terdahulu, ketiga-tiga lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun yang memakai baju lokap jingga itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini dengan menaiki lori polis pada pukul 8.45 pagi sebelum dibawa keluar sejam kemudian.
Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan penahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Ketiga-tiga suspek yang juga anggota TLDM itu direman bagi membantu siasatan berhubung kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuiman Mohd. Sukri, 26, selepas kedua-dua mereka meninggal dunia ketika menjalani latihan semasa diletakkan di dalam bilik tahanan unit stesen tersebut.
Sebelum in, polis mengesahkan keputusan bedah siasat pada pukul 11.30 malam (Sabtu) mendapati kedua-dua mereka meninggal dunia disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.
Sehubungan itu, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#anggota
#dera
#kes mahkamah
#maut
#reman
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan