awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga 'tekong darat' ditahan cuba seludup 13 PATI

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/12/2021
20:32 MYT
Tiga 'tekong darat' ditahan cuba seludup 13 PATI
Tiga lelaki warga tempatan yang berperanan sebagai tekong darat dan ejen pengangkutan telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Changloon untuk tindakan lanjut. - Astro AWANI
KUBANG PASU: Tiga lelaki warga tempatan dipercayai menjadi ‘tekong darat’ dan 'ejen pengangkutan' ditahan ketika cuba menyeludup 13 pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan Napoh, Changloon Kedah, pada Rabu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata, hasil risikan dan intipan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua kereta yang keluar dari kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, kira-kira jam 6.30 pagi.
Beliau berkata, setelah mengekori kedua-dua kenderaan hingga di kawasan Napoh, pasukan polis telah bertindak menahan kenderaan tersebut.
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seramai 13 orang PATI warga Myanmar terdiri daripada 12 lelaki dan satu wanita berada dalam kedua-dua kereta tersebut.
"Seterusnya, pemeriksaan mendapati kesemua PATI tersebut tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah," katanya di sini, pada Rabu.
Jelasnya tiga lelaki warga tempatan yang berperanan sebagai tekong darat dan ejen pengangkutan telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Changloon untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal mendapati kesemua PATI itu baru memasuki Malaysia melalui 'lorong tikus' di Sempadan Malaysia-Thailand dan dikenakan bayaran sebanyak RM4,000 kepada seorang lelaki warga Myanmar yang berada di Danok, Thailand.
Manakala untuk ejen pengangkutan, kesemuanya dikenakan bayaran RM800 setiap kereta untuk dibawa bekerja di kawasan Sungai Lembu, Kulim, Kedah.
Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala 13 PATI diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#pati
#tekong darat
#Bukit Kayu Hitam
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan