MALAYSIA
Tiga termasuk remaja perempuan 16 tahun ditahan kes sumbang mahram, subahat dan buang bayi di Hulu Langat
Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes rogol sumbang mahram dan pembuangan bayi perempuan di Batu 14, Hulu Langat, Selangor, Isnin lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes rogol sumbang mahram dan pembuangan bayi perempuan yang ditemukan di sebuah stesen minyak di Batu 14, Hulu Langat, Selangor, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dilaporkan kira-kira jam 1.56 pagi apabila seorang pengawal keselamatan berusia 29 tahun mendakwa menemukan bayi itu yang masih bernyawa di dalam kotak berhampiran bangunan kedai.
Bayi berkenaan yang dilahirkan pada 10 Ogos lalu, berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke hospital untuk pemantauan.
Namun, siasatan mendapati pengawal keselamatan itu bersubahat dengan seorang rakan lelaki berusia 39 tahun yang juga penghantar barang, merogol anak kandungnya sendiri yang masih bawah umur hingga melahirkan bayi tersebut.
"Laporan kononnya bayi ditemui secara kebetulan adalah rekaan semata-mata. Mereka dipercayai terlibat dalam perbuatan membuang dan menyembunyikan kelahiran bayi itu," kata Naazron dalam kenyataan pada Rabu.
Susulan maklumat diperoleh, polis menahan ketiga-tiga suspek pada 12 Ogos kira-kira jam 5.35 petang.
Hasil semakan mendapati suspek pertama iaitu pengawal keselamatan mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek kedua, iaitu bapa kepada mangsa, mempunyai dua rekod jenayah.
Naazron berkata, dua lelaki itu direman masing-masing satu hari dan enam hari, sementara remaja perempuan tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan dirawat di hospital.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Lelaki berusia 39 tahun itu turut disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana rogol sumbang mahram, yang membawa hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan," jelasnya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.