awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga termasuk wanita ditahan simbah cat merah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2022
21:15 MYT
Tiga termasuk wanita ditahan simbah cat merah
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di Larkin, Johor Bahru pada Jumaat kerana disyaki melakukan khianat menyimbah cat merah ke sebuah rumah di Bandar Putra di sini bulan lalu. -Gambar hiasan
KULAI: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di Larkin, Johor Bahru pada Jumaat kerana disyaki melakukan khianat menyimbah cat merah ke sebuah rumah di Bandar Putra di sini bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, insiden tersebut disedari mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 52 tahun pada jam 2.35 pagi, 10 Mei lalu.
Menurutnya, mangsa terjaga dari tidur dan terhidu bau cat yang sangat kuat di bahagian depan rumah.
"Mangsa mendapati pintu pagar hadapan serta halaman rumahnya disimbah cat berwarna merah selain menemui notis ugutan ditampal di pagar.
"Suspek meninggalkan nota ugutan meminta wanita itu membayarkan hutang ah long atau rumahnya akan disimbah cat dan dibakar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat pada jam 7.15 malam Jumaat, pihak polis membuat serbuan di kawasan Larkin dan menahan tiga suspek tempatan itu yang berusia antara 21 hingga 27 tahun.
"Semakan rekod lampau mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
"Hasil siasatan awal mendapati semua suspek menerima upah daripada sindiket ah long selain terlibat tiga kes simbah cat di daerah ini," katanya.
Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi membuktikan kes ini selain menyiasat penglibatan suspek dalam kes-kes jenayah di dalam dan luar daerah Kulai.
"Semua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tok beng yeow
#simbah cat merah
#ugut bayar hutang ah long
#Bandar Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan