LANGKAWI: Polis Daerah Langkawi berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di pulau itu dengan kejayaan penangkapan tiga lelaki serta merampas dadah bernilai lebih RM80,000.
Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, serbuan yang bermula jam 6 petang itu berjaya menahan dua lelaki berusia 31 dan 40 tahun di Kampung Kubang Badak.
Sebaik pemeriksaan, pihak polis telah menemui syabu seberat 83.80 gram.
Menurut Shariman, hasil pemeriksaan rekod suspek berusia 40 tahun mendapati, dia memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Susulan itu, polis melakukan satu lagi serbuan dan berjaya menahan suspek ketiga di kawasan berhampiran dan merampas heroin seberat 3.80 gram.
"Suspek ketiga berusia 44 tahun memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Shariman memaklumkan, menerusi serbuan itu pihaknya turut merampas dadah jenis syabu seberat 532.20 gram.
Menurut beliau, pihaknya turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi dan motosikal bernilai lebih RM23,000.
"Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah dan kesemua mereka direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jun 16 2021

Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Langkawi dengan kejayaan penangkapan tiga lelaki serta merampas dadah bernilai lebih RM80,00. - Foto ihsan PDRM

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

'Tokan' dadah 'pandu lalu' dicekup
Menggunakan kaedah menjual dadah secara pandu lalu (drive-thru) adalah antara modus operandi terbaharu seorang 'tokan' mengedar dadah.

Op Tapis berkas 446 tokan dadah
Seramai 446 tokan dadah ditahan menerusi Operasi Tapis Khas Siri 1/2023 di kawasan ladang di Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkampungan nelayan di seluruh negara.

Anggota polis cedera ditikam bergelut dengan tokan dadah
Seorang anggota polis cedera ditikam di betis dalam pergelutan ketika manangkap tokan dadah di tepi jalan Kampung Paya Mat Insun, Bukit Jenun.

'Tokan' dadah tunggu pelanggan dicekup
Lelaki berusia 50 tahun yang didakwa aktif mengedar dadah di sekitar Kedawang itu ditahan polis di hadapan sebuah premis, pada jam 10 malam.

Polis berkas lelaki dipercayai tokan dadah selepas pergelutan
Polis turut menjumpai tujuh paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine bernilai kira-kira RM10,000.

Lelaki 27 tahun dalang dadah bernilai RM1.19 juta di Sarawak
Suspek yang berbangsa Bidayuh dicekup dalam satu serbuan di sebuah kedai kopi di Batu 6 1/2, Jalan Penrissen.

Ops Sarang: 29 lelaki termasuk tokan dadah ditahan dalam kebun kelapa sawit
Kesemua lelaki tersebut ditahan hasil penangkapan seorang pengedar dadah berusia 30an di kebun tersebut.

Dua tokan dadah ditahan dalam serbuan di Kubang Pasu
Dua lelaki dipercayai tokan dadah sanggup bergelut dalam cubaan melarikan diri bersama dadah ketika rumah mereka diserbu di Mukim Padang, Tunjang, Sabtu malam.

Tiga tokan ditahan bersama dadah bernilai RM80,000
Polis Daerah Langkawi berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di pulau itu dengan kejayaan penangkapan tiga lelaki serta merampas dadah bernilai lebih RM80,000.

Pengedar ditahan dalam serbuan di pangsapuri
Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Pantai Dalam.