SINGAPURA: Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik yang membuktikan bahawa usia selepas 50 adalah era keemasan baharu.
Mereka ialah pengarah eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, peguam Ambiga Sreenevasan dan pengarah filem dan pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid.
Menurut Forbes, wanita tersenarai berasal dari 14 negara dan wilayah membabitkan puluhan sektor pekerjaan.
Pengaruh mereka merangkumi fesyen, farmasi, kewangan dan sebagainya.
Sta Maria, 65, yang dilantik sebagai pengarah eksekutif Sekretariat APEC pada 2019 menjadi wanita pertama yang mengetuai badan penasihat ekonomi antara kerajaan dengan 21 anggota itu.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua setiausaha, setiausaha agung dan perunding perdagangan utama untuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Sebelum ini, beliau juga pernah mewakili rantau ini di Forum Ekonomi Dunia dan menjadi pengarah bukan eksekutif sebuah bank.
Sementara itu, Sreenevasan, 67, peguam terkemuka Malaysia dan peguam bela hak asasi manusia pernah menerima Pingat Ruth Bader Ginsburg dan Anugerah Gandhi Memorial Trust Public Service.
Beliau yang berkelulusan ijazah undang-undang dari Universiti Exeter, United Kingdom, kini berkhidmat sebagai Presiden Pure Life Society, sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.
Tunku Mona Riza, 57, pula pernah memenangi anugerah Most Promising Director di Festival Filem Malaysia 2017 menerusi karyanya "Redha".
Diilhamkan daripada kisah benar, filem itu menggambarkan cabaran membesarkan kanak-kanak autisme dan tercalon untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89.
Filem yang dterbitkan pada tahun lalu "Rain Town" ialah filem berbahasa Cina pertama Malaysia yang diarahkan oleh pengarah wanita Melayu.
Turut tersenarai antaranya aktivis alam sekitar India berusia 112 tahun, Saalumarada Thimmakka yang sinonim dengan gelaran "mother of trees" dan pelakon Indonesia Christine Hakim.
Senarai penuh boleh didapati di Forbes.com dan menerusi edisi Februari/Mac Forbes Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Dari kiri, pengarah eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, peguam Ambiga Sreenevasan dan pengarah filem dan pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid. - Gambar fail
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik.
Prof Adeeba tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Senarai 2022 Asia
Pakar Penyakit Berjangkit Malaysia Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berjaya menempa nama dalam Majalah Forbes 50 Over 50: Senarai 2022 Asia.