Tiga warga Turki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengganas, dihantar pulang ke negara asal mereka malam tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu tweet hari ini mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan ketiga-tiga mereka menaiki penerbangan ke Ankara.
Sementara itu dalam satu kenyataan media, Khalid memaklumkan suspek warga terbabit adalah Turgay Karaman 43, Ihsan Aslan 39, dan Ismet Ozcelik, 58.M
Mereka diusir kerana disyaki terlibat dengan pertubuhan pengganas.
“Pada 11 Mei 2017, Bahagian Counter Terrorism cawangan khas Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah terlibat dalam operasi pengusiran tiga lelaki warga negara Turki yang disyaki terbabit dengan kumpulan ‘Fetullah Terrorist Organization’ (FETO).
“FETO telah diwartakan sebagai pertubuhan pengganas oleh kerajaan Turki dan Organization of Islamic Cooperation (OIC),” kata Khalid.
Ketiga-tiga warganegara Turki tersebut sebelum ini ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 pada 2 dan 4 Mei 2017 di tiga lokasi berasingan.
“PDRM akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau anasir pengganas asing yang cuba menjadikan Malaysia sama ada sebagai pusat logistik, tempat perlindungan, pengumpulan dana atau pangkalan operasi mereka bagi melancarkan serangan sama ada di Malaysia atau pun terhadap negara-negara asing,” menurut kenyataan itu lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan mereka akan dihantar pulang ke negara asal dan bukan ke negara lain.
Isteri kepada Turgay Karaman, Ayse Gul Karaman sebelum ini merayu kepada kerajaan Malaysia supaya tidak menghantar pulang suaminya ke Turki kerana bimbang akan diseksa.
Pada minggu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis menahan dua lelaki warga Turki terbabit kerana mengancam keselamatan negara. Sebelum itu, isteri mereka mendawa bahawa kedua-dua lelaki itu diculik.
Lelaki warga Turki ketiga ditahan polis pada 4 Mei di Pahang atas sebab serupa.
Astro Awani
Fri May 12 2017

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) yang mengesahkan perkara tersebut memaklumkan ketiga-tiga mereka menaiki penerbangan ke Ankara.

Perarakan pedati Thaipusam ke Batu Caves dibenarkan dengan bersyarat - Annuar Musa
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Operasi bomba | Mayat lelaki dijumpai hanyut dekat Pantai Dalam
Mayat seorang lelaki ditemui hanyut di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di ibu negara. Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 12.24 tengah hari Sabtu.

PKP | Jangan 'kitar semula' surat kebenaran
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengitar semula surat kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa, terutama di sekatan-sekatan jalan raya. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Acp Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan perbuatan itu.

COVID: Thailand catat 198 kes baharu, satu kematian
Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif.

PdPR | Enam anak kongsi satu komputer riba
Pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan. Bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan perlu menyediakan peranti elektronik supaya anak-anak boleh belajar secara serentak?

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Seorang pekerja ERL positif COVID-19
Kenyataan ERL menyebut syif terakhir pekerja itu bertugas ialah pada 16 Jan lepas di Stesen Transit KLIA Bandar Tasik Selatan.

Unsur nadir bumi (REE): Fakta dan mitos
Harga pasaran dijangka meningkat berkali ganda daripada nilai pasaran semasa yang mampu mendatangkan limpahan kemakmuran ekonomi kepada negara pengeluar REE.

COVID-19 | Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. Beliau yang berusia 75 tahun kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

Turki lancar usaha jernihkan hubungan keruh dengan EU
Turki melobi untuk menjadi anggota EU sejak 15 tahun lalu, namun permohonan itu belum diluluskan secara rasmi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Vaksin COVID-19: Turki terima tiga juta dos Sinovac
Sebuah pesawat yang membawa tiga juta dos vaksin CoronaVic itu mendarat di ibu negara, Ankara pada pagi Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Amazon berkata, sejak Mac hampir 20,000 pekerjanya dijangkiti COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

Kerjasama baik jayakan repatriasi rakyat Malaysia di Turki
Duta Besar Malaysia ke Turki, Sazali Mustafa Kamal berkata dispora Malaysia di Turki turut memainkan peranan penting dalam turut sama membantu menjayakan misi tersebut.

Turki longgarkan beberapa fasa perintah berkurung
Namun, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan kebersihan diri masih perlu diteruskan sebagai normal baharu.

Kedai, restoran di Ankara mula beroperasi selepas dua bulan ditutup
Kebanyakan perniagaan di bandar itu terhenti operasi selama lebih dua bulan sejak pendemik COVID-19.

Rakyat Malaysia di Turki tenang walaupun bakal hadapi perintah berkurung
Menurut Norliza keadaan di Ankara masih terkawal walaupun ada segelintir warganya sedikit panik selepas pengumuman itu

COVID-19: Perintah berkurung hujung minggu di Turki dilanjutkan
Turki pada Isnin mengumumkan bakal melaksanakan lagi sekali perintah berkurung kepada rakyatnya pada hujung minggu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Barat gagal sepakat dengan Turki berhubung isu Syria
Gabriel berkata, Turki telah lama melihat Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang bergabung dengan YPG sebagai kumpulan utama mengancam keselamatan negara.