KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil seorang wanita bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya di dalam satu rakaman video kini tular di media yang mendakwa bahawa peningkatan kes COVID-19 di Selangor berpunca daripada pekerja kilang sarung tangan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ini kerana perbuatan individu dalam video itu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat, apabila wanita itu mendakwa penularan wabak di Selangor berpunca daripada tindakan pengusaha kilang berkenaan yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam menguruskan pekerjanya.
Beliau berkata video berdurasi tiga minit empat saat yang tular di aplikasi Tik Tok itu memaparkan dakwaan wanita berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor.
"(Wanita itu) mendakwa peningkatan kes wabak itu disebabkan tindakan pengusaha kilang sarung tangan yang memindahkan pekerjanya yang positif daripada asrama pekerja di Petaling Jaya ke dua hotel di Klang bagi membolehkan mereka hadir bekerja dalam tempoh PKPD," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya wanita itu juga mendakwa terdapat kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang sarung tangan itu hingga menyebabkan seluruh asrama pekerja di kawasan Sungai Way di daerah Petaling Jaya dikenakan tindakan PKPD, namun kilang itu masih beroperasi sepenuhnya.
Mohamad Fakhrudin berkata selain itu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara turut membuka kertas siasatan terhadap pengusaha kilang itu di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit kepada nyawa.
Jelasnya kes juga disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah sah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
"Siasatan terhadap individu di dalam video yang tular itu pula (dilakukan) di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan satu kenyataan yang mendatangkan khianat awam menyebabkan ketakutan kepada orang awam," katanya.
Beliau menasihati orang ramai supaya lebih peka dan prihatin sebelum menyebarkan apa-apa maklumat dan berhubung dengan pihak berwajib sekiranya mempunyai maklumat, dan bukannya menyebarkan melalui media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ini kerana perbuatan individu dalam video itu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat. - Gambar fail/BERNAMA

Petronas Chemicals beli firma Sweden Perstorp bernilai RM10.5 bilion
Pembelian itu meletakkan Perstorp Group pada nilai perusahaan sebanyak 2.30 bilion euro atau RM10.5 bilion.

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Vaksin COVID-19 | FDA lulus dos penggalak untuk 5-11 tahun
Agensi Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) meluluskan penggunaan suntikan penggalak vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Ini menjadikan semua individu di Amerika Syarikat berumur lebih lima tahun layak untuk mendapatkan dos ketiga.

Sukan SEA | Kok Leong menang emas perseorangan 6-red snuker
Pemain snuker negara Lim Kok Leong memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-red snuker lelaki kekal dalam genggaman Malaysia dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium pada malam Selasa. Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA selepas acara itu dipertandingkan semula selepas sembilan tahun.

Terjun bangunan, warga asing maut cuba elak pemeriksaan polis
Lelaki 23 tahun itu mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia, jam 8.38 pagi.

Lima lelaki ditahan bakar mercun tepi Plaza Tol Setia Alam
Polis hari ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan dalam kejadian membakar mercun di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, minggu lepas.

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas
Polis berjaya membongkar sindiket tersebut yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas untuk pasaran dadah luar negara.

Kes jenayah seksual Da'i Syed diteruskan atau ditarik balik diketahui 31 Mei
Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.

Kuari runtuh: Tunggu keputusan koroner berhubung status mangsa - Ketua Polis Perak
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata setakat ini pihaknya masih belum mendapat sebarang maklum balas berhubung perkara tersebut.

Pemandu lori ais maut rempuh papan tanda jalan
Seorang pemandu maut selepas lori muatan ais yang dipandunya terbabas dan melanggar papan tanda jalan.

Kes dera anak saudara: Polis panggil saksi lain beri keterangan
Polis akan memanggil beberapa orang saksi lain bagi memberikan keterangan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki didera oleh ibu dan bapa saudaranya.

Lelaki Thai guna taktik bawa anak, cuba seludup 48,000 biji pil yaba
Suspek bersama anaknya ditahan dalam sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Kuala Krai bersama pil yaba dianggarkan bernilai RM480,000.

Polis siasat laporan kemalangan libat kenderaan pengiring
Polis meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian tersebut untuk hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan.

Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan
Polis memberkas seorang pekerja kontraktor sambilan yang disyaki mendera kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini Sabtu lalu.