KUALA LUMPUR: Penyanyi Syamel melihat pandangan orang ramai berhubung harga tiket konsert Aku Cinta Ernie Zakri dan Syamel yang dikatakan murah, sebagai sesuatu yang positif.
Namun dalam masa yang sama, Syamel tidak mahu peminat beranggapan harga tiket itu akan melambangkan tahap persembahan mereka nanti.
"Mutu persembahan kami nanti tidak akan bersandarkan pada harga. Sebenarnya kami meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada pengurusan kami, Rocketfuel untuk menguruskan segala-galanya. Mereka pasti sudah membuat perkiraan yang sewajarnya.
"Tetapi jangan risau, persembahan kami tidak berlandaskan harga tiket," kata Syamel ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan, pada Rabu.
Sementara itu, Ernie Zakri pula mengakui antara kebimbangannya untuk menjayakan konsert adalah jika ia akan mendapat sambutan ramai.
Namun penyanyi berusia 30 tahun itu enggan menjadikan ia sebagai penghalang untuk dia muncul dalam sebuah konsert, seperti yang diimpikan para peminatnya.
"Memandangkan ini kali pertama kami mengadakan konsert, tertanya-tanya jugalah, adakah orang sudi menonton konsert kami?
"Tetapi jika terlalu memikirkan perkara itu, kami tidak boleh fokus. Apa yang boleh kami katakan ialah kami akan cuba memberi persembahan sehabis baik, apatah lagi kami sendiri sudah lama merancang untuk mengadakan konsert ini," ujar Ernie.
Konsert Aku Cinta Ernie Zakri dan Syamel bakal berlangsung 23 Oktober depan di Zepp, Kuala Lumpur. Pasangan itu dijangka membawakan kira-kira 23 buah lagu.
Tiket-tiket konsert boleh didapati bermula 15 Ogos di laman web ubertickets.my, berharga antara RM200 hingga RM500.
Madiha Abdullah
Thu Aug 11 2022
Konsert Aku Cinta Ernie Zakri dan Syamel bakal berlangsung 23 Oktober depan di Zepp, KL. - Foto Instagram/ERA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Tiket konsert murah, persembahan kami tetap mahal - Syamel dan Ernie Zakri
Syamel tidak mahu peminat beranggapan harga tiket itu akan melambangkan tahap persembahan mereka nanti.
"Tak berani lagi, bimbang..." - Anuar Zain perjelas kenapa belum lagi jumpa bayi Ernie dan Syamel
Menurut Anuar, ada sebab mengapa dia berbuat demikian.
Ernie Zakri perkenalkan anak Nur Khawla Soleha
Selepas melahirkan cahaya pertamanya pada 22 Februari lalu, penyanyi Ernie Zakri memperkenalkan nama puterinya.
Ernie Zakri selamat melahirkan anak pertama
Anak sulung Ernie Zakri dan Syamel lahir pada pukul 10.14 pagi ini.
Ibu Syamel meninggal dunia
Allahyarham hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa ditidurkan.
'All Together Now Malaysia' bakal ketengah bakat baharu
ATNM akan bersiaran setiap Ahad bermula 6 Jun 2021 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Syamel, Ernie selamat diijab kabul
Di hadapan 20 ahli keluarga, Syamel melafaz akad sekitar pukul 10.30 pagi berwalikan bapa Ernie, Zakri Ahmad.
Syamel, Ernie bernikah pagi esok
Pasangan itu membuat pengumuman tentang pernikahan mereka menerusi akaun Instagram masing-masing, petang tadi.
Rakan artis jalani ujian saringan COVID-19 selepas Alif Satar sah dijangkiti
Beberapa artis, antaranya Hael Husaini, Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel dan Stacy Anam memuat naik video mereka menjalani swab test.
Big Stage 2020: Azzam Sham, Usop mara ke pentas akhir, nasib tak menyebelahi Farisha Iris
Farisha yang membawakan lagu Semalam dan Ratusan Purnama duet bersama Syamel berada di tangga tiga terbawah bersama Qody Rany dan Dinie Rashid.