Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Izzat Mohd Shauki, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam tadi.
Ahmad Izzat, 34, yang merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada dan bekas Timbalan Speaker DUN Negeri Kedah dari 2008 hingga 2013, meninggal dunia pada 11.10 malam tadi akibat serangan strok dan penyakit kencing manis.
Jenazah Allahyarham dibawa balik ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan Abd Halim di sini pagi ini sebelum dibawa ke Masjid Derga, untuk solat jenazah.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah Ahmad Yahya berkata solat jenazah kali kedua dilakukan di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena kira-kira 11 pagi.
"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Muassasah Darul Ulum, bersebelahan pusara bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak," katanya.
Pada 20 Sept lepas, Allahyarham dikejarkan ke HSB apabila rebah secara tiba-tiba ketika mendirikan solat Maghrib. Allahyarham kemudian menjalani pembedahan berikutan terdapat darah beku di bahagian otaknya akibat pendarahan.
Pembedahan itu dilakukan untuk membuang sebahagian tempurung kepala Allahyarham, selain doktor mengesahkan beliau turut mengalami jangkitan kuman pada bahagian kanan paru-paru, dan disahkan mengalami 'minor stroke'.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak, iaitu empat lelaki dan seorang perempuan berusia antara tiga dan 10 tahun.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham Ahmad Izzat memenangi kerusi DUN Bukit Lada menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ariffin Man dengan majoriti 208 undi, setelah mendapat 9,600 undi berbanding Ariffin 9,392 undi.
Beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, setelah tewas kepada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mewakili BN dengan majoriti 1,324 undi. Ahmad memperoleh 12,664 undi manakala Allahyarham mendapat 11,340 undi.
Bernama
Tue Oct 14 2014
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah meninggal dunia (Foto: Facebook)
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah meninggal dunia
Ahmad Izzat, 34, yang merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada.