awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan bakar al-Quran keji, langgar kebebasan bersuara

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2023
22:15 MYT
Tindakan bakar al-Quran keji, langgar kebebasan bersuara
ZULKIFLI: Tingkah laku seperti ini bukan sahaja mencalarkan sentimen agama tetapi juga menggalakkan ekstremisme dan ketaksuban. - Gambar fail
SHAH ALAM: Tindakan membakar al-Quran disifatkan tindakan keji dan tidak boleh diterima serta melanggar prinsip asas hormat, toleransi dan kebebasan bersuara.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tindakan sedemikian menyemarakkan kebencian dan perpecahan serta tidak mempunyai tempat dalam mana-mana masyarakat bertamadun.
“Bagi berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia, al-Quran adalah kitab suci dan membakarnya adalah penghinaan yang terang-terangan terhadap iman dan kepercayaan mereka.
“Tingkah laku tidak hormat seperti ini bukan sahaja mencalarkan sentimen agama tetapi juga menggalakkan ekstremisme dan ketaksuban yang merupakan ancaman kepada fabrik sosial mana-mana negara,” katanya menerusi Twitter pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pembakaran al-Quran oleh kumpulan pelampau di Copenhagen, Denmark pada bulan suci Ramadan
Jelasnya, kebebasan bersuara adalah hak asasi tetapi ia tidak termasuk hak untuk tidak menghormati atau menghina.
Terdahulu pada Ahad, kumpulan anti-Islam sayap kanan, Patrioterne Gar Live menyiarkan rakaman di Facebook memaparkan penyokong membawa sepanduk dengan mesej Islamofobia ketika membakar senaskah al-Quran dan bendera Turkiye di hadapan Kedutaan Turkiye di Copenhagen. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebebasan bersuara
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#bakar al-Quran
#kumpulan pelampau di Copenhagen Denmark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan