Tindakan ‘berani mati’ seorang penumpang warga asing yang cuba untuk menaiki Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) telah menyebabkan ia membuat satu hentian kecemasan berhampiran Stesen Jelatek pada petang Isnin.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Khairani Mohamed berkata tindakan warga asing yang berusia 33 tahun itu telah ditahan pegawai stesen dan telah diserahkan kepada pihak polis.
Perkhidmatan tren itu juga tergendala apabila Sistem Pintu Skrin Platform (PSDS) diaktifkan akibat tindakan melulu warga asing itu di stesen bawah tanah Dang Wangi.
Khairani berkata tindakan melulu itu boleh membahayakan nyawa orang lain selain mengganggu perkhidmatan Rapid Rail.
Pada petang Isnin, sebuah LRT Kelana Jaya membuat terpaksa membuat satu hentian kecemasan berhampiran stesen Jelatek apabila seorang warga asing melintasi platform untuk menaiki LRT Laluan Kelana Jaya.
"Walaupun tiada yang tercedera dalam kejadian itu, tindakan yang melulu itu telah mengaktifkan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES), iaitu satu ciri-ciri keselamatan utama yang telah dipasang di LRT Kelana Jaya yang mengendalikan tren itu secara automatik tanpa pemandu itu,” kata Khairani dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pengaktifan PIES itu telah menghentikan operasi seluruh Laluan Kelana Jaya buat sementara.
"Apabila laluan itu sudah bersedia untuk beroperasi, penumpang-penumpang terpaksa menunggu masa yang lebih lama di sebelah petang di kebanyakan stesen dan menyebabkan kesesakan berlaku di stesen-stesen," kata Khairani.
Menurut Rapid Rail, lapan kes pencerobohan telah direkodkan berlaku di Laluan Kelana Jaya dan satu di Laluan Monorel pada Januari 2015.
Lebih daripada 60 peratus daripada pencerobohan berlaku daripada warga asing.
Dalam kejadian yang berasingan sebelum ini, PSDS selalunya berlaku apabila ada penumpang yang terkejar-kejar untuk menaiki train yang sudah bergerak di mana akhirnya mengakibatkan berlaku gangguan perkhidmatan.
Akibatnya, penumpang yang ke arah Kelana Jaya terpaksa turun di stesen Dang Wangi dan terpaksa menaiki tren di stesen Kampung Baru.
"Kami menggesa orang ramai supaya lebih prihatin dan tidak menghalang mana-mana skrin platform atau pintu kereta api kerana ia akan mengganggu perkhidmatan kami dan menyebabkan kesulitan kepada kebanyakan pengguna lain.
"Para penumpang yang membawa beg galas atau apa-apa beg perlu berhati-hati sebelum memasuki tren terutamanya pada waktu puncak.
"Penumpang juga mesti mengelak daripada meletakkan tangan atau kaki mereka di antara pintu yang tutup secara tiba-tiba," kata Khairani.
Astro Awani
Tue Mar 03 2015
Tindakan melulu warga asing yang berusia 33 tahun itu telah ditahan pegawai stesen yang bertugas dan telah diserahkan kepada pihak polis. - Gambar Rapid Rail
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.