KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim mengungkap istilah 'zalim' dan membandingkan dirinya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak masuk akal.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata tindakan tersebut didorongi oleh niat jahat yang jelas dan nyata serta semua rujukan kepada Dr Mahathir tidak sepatutnya dibuat oleh defendan (Awang Solahuddin).
"Defendan telah membangkitkan keadaan yang memburukkan dalam saman ini terhadap saya dan saya berhak mendapat ganti rugi teruk yang substantif," kata Anwar selaku plaintif menerusi jawapan kepada pembelaan yang difailkan semalam (30 Mei) berhubung kes saman fitnahnya terhadap Awang Solahuddin yang difailkan pada 3 Mac lepas.
Menteri Kewangan itu berkata perbandingan yang dibuat oleh defendan tidak boleh dipertahankan.
Anwar juga menegaskan bahawa penyiasatan dan pendakwaan oleh agensi penguatkuasaan adalah adil, bebas dan saksama tanpa rasa takut atau pilih kasih serta beliau tidak pernah campur tangan berhubung perkara itu.
Awang Solahuddin menerusi pernyataan pembelaan difailkan pada 4 April lepas mendakwa, plaintif ketika dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan salah guna kuasa sekitar 1998, terus memulakan Gerakan reformasi yang menggelar Dr Mahathir sebagai 'zalim'.
Dakwa Ahli Parlimen daripada PAS itu, jika dibandingkan tindakan kontroversi yang dibuat oleh kerajaan Dr Mahathir ketika itu dengan kerajaan plaintif ketika ini, jelas menunjukkan bahawa dari segi jangka masa, kerajaan Dr Mahathir melakukan Operasi Lalang hanya enam tahun selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan pertuduhan terhadap seteru politik dibuat oleh plaintif dalam tempoh tiga bulan selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
"Perbandingan ini yang dirujuk oleh saya dalam menyatakan pandangan atau telahan bahawa plaintif dalam aspek jangka masa pendakwaan dibuat terhadap lawan politik daripada tarikh pelantikan, adalah 'lebih buruk' atau 'paling buruk' dalam sejarah Malaysia, mengatasi Dr Mahathir.
"Saya tidak bermaksud untuk membandingkan plaintif dan Dr Mahathir dari aspek lain yang tidak berkait dengan pendakwaan politik yang sedang diperkatakan oleh saya dalam kenyataan (di lobi Parlimen)," dakwa defendan dalam pembelaannya.
Anwar, 75, menyaman Awang Solahuddin pada 3 Mac lepas, berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Anwar di lobi Parlimen semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15, 21 Feb lepas.
Menurut Anwar kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau mempunyai sifat pendendam serta membalas dendam, telah menyalah guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencampuri, mengganggu serta sewenang-wenangnya mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan di Malaysia untuk agenda politik peribadi.
Beliau mendakwa Awang Solahuddin sengaja dan berniat jahat mengucap serta menerbitkan kenyataan fitnah itu untuk menghasut orang ramai serta menimbulkan kebencian peribadi terhadap plaintif yang kini Ketua Kerajaan Perpaduan yang sah dan komited untuk membasmi segala bentuk rasuah.
Sementara itu, peguam Datuk S. N. Nair, yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Aisyaf Falina Abdullah hari ini secara e-Review, mahkamah menetapkan 15 Jun untuk pengurusan kes selanjutnya.
"Mahkamah turut mengarahkan pihak-pihak terlibat untuk memfailkan permohonan interlokutori sekiranya ada, selewat-lewatnya 15 Jun ini," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Anwar (kiri) berkata tindakan Awang Solahuddin (kanan) mengungkap istilah 'zalim' dan membandingkan dirinya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak masuk akal. -Facebook

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
#AWANIByte: INNOVATHON bantu inovator mengkomersialkan produk inovasi mereka
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin juara INNOVATHON, NACOTS dapat mengkomersilkan hasil ciptaan mereka jika dipadankan dengan pemain industri yang betul. Pendapatnya disokong Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang menyifatkan INNOVATHON berupaya mempercepatkan pengkomersialan sesuatu inovasi.
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Ada khabar baik untuk Malaysia, negeri Pahang dari UAE nanti - Anwar
Anwar dijadual melakukan lawatan kerja ke UAE pada 5 Oktober ini.

Saman pemula Tommy Thomas dipindah ke bahagian sivil - Hakim
Mahkamah Tinggi memerintahkan saman pemula oleh Tommy Thomas terhadap Pasukan Petugas Khas dan Kerajaan Malaysia dipindahkan ke mahkamah lain, menerusi perbicaraan saman sivil.

Gabenor Jeneral New Zealand terima kunjungan hormat PM Anwar
Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro, yang sedang dalam rangka lawatan negara menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tun Mahathir minta Anwar kemuka dokumen
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir yang meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen, dalam kes saman fitnah.

KPM, KPT main peranan beri pendedahan awal mengenai literasi kewangan - PM Anwar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan awal mengenai literasi kewangan kepada pelajar dan mahasiswa.

Kerajaan lulus dana awal RM1.9 juta baiki SK To' Kandu - PM Anwar
Beliau berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah datang mendengar taklimat dan sekarang Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan laporan awal.

Rombakan Kabinet hak mutlak PM - Johari
Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata keputusan sedemikian adalah hak mutlak Perdana Menteri.

PM arah jabatan kerajaan tidak jemput tetamu terlalu awal bagi program rasmi
Anwar berkata sekiranya tetamu diminta hadir dan menunggu begitu lama sebelum ketibaan orang kenamaan, ia akan hanya membazir waktu.

SPRM mesti bebas daripada pengaruh eksekutif - PM Anwar
Beliau berkata SPRM juga mestilah tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi perlu memperteguh usaha mencegah gejala rasuah.