Tindakan pantas bomba selamat nyawa pemandu tersepit nyaris lemas

Anggota bomba mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya dalam kemalangan di Jalan Ladang Victoria, Nibong Tebal pada Khamis.
NIBONG TEBAL: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang tersepit selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam parit dalam kejadian di Jalan Ladang Victoria di sini pada Khamis.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba selepas kereta dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam parit di Jalan Ladang Victoria, Pulau Pinang.
- Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal tiba di lokasi kira-kira jam 10.07 pagi dan mengambil masa kurang 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta jenis Toyota Vellfire.
- Mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Bakap menggunakan van EMRS, dan operasi ditamatkan pada jam 10.51 pagi setelah keadaan terkawal sepenuhnya.
"Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan I Ahmad Zaki Sabri bersama enam anggota hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk mengeluarkan lelaki berusia lingkungan 40-an yang tersepit.
"Mangsa yang cedera ringan kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk menerima rawatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
John Sagun berkata, selepas mendapati keadaan terkawal sepenuhnya, operasi ditamatkan pada jam 10.51 pagi. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami