Tindakan sedang dilakukan terhadap bekas suami culas nafkah - Zulkifli

Zulkifli berkata tindakan sewajarnya sedang dan telah dilaksanakan memandangkan ia terkandung di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Kerajaan akan terus memantau golongan suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Ringkasan AI
- Kerajaan akan memantau golongan suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak dengan tindakan sewajarnya, termasuk menyita simpanan kewangan bekas suami yang ingkar.
- Langkah diambil termasuk perbincangan dengan Bank Negara Malaysia bagi membolehkan pelaksanaan langkah menyita simpanan kewangan ini melalui perintah Mahkamah Syariah.
- Program YADIM Peduli bertujuan memberikan pencerahan kepada rakyat mengenai konsep Malaysia MADANI serta memperkuatkan pelaksanaan Pelan Transformasi Al-Falah MADANI bagi kebaikan masyarakat.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan program Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Peduli: Sehari Bersama Komuniti MADANI di Kampung Paya Redan di sini hari ini.
Antara langkah sedang diusahakan ialah tindakan menyita simpanan kewangan bekas suami yang culas membayar nafkah.
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan pelaksanaan langkah itu menerusi perintah Mahkamah Syariah.
"Ini adalah inisiatif yang terbaik membantu mereka yang memerlukan khususnya dari aspek nafkah dan sebagainya," katanya.
Mengulas mengenai program MADANI, beliau berkata usaha memberikan pencerahan kepada rakyat mengenai konsep Malaysia MADANI yang dilaksanakan sejak pembentukan kerajaan semasa dan akan terus diperkukuh melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Al-Falah MADANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


