awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2023
08:32 MYT
Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim
Hukuman terhadap Siti Bainun itu akan memberikan peringatan dan isyarat kepada masyarakat bahawa jenayah mengabai dan menganiaya kanak-kanak adalah serius. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tindakan yang dilakukan oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella adalah kejam dan perlu diberikan hukuman yang berat.
Hakim Izralizam Sanusi berkata demikian ketika membaca keputusan penghakimannya di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Beliau berkata, hukuman itu akan memberikan peringatan dan isyarat kepada masyarakat bahawa jenayah mengabai dan menganiaya kanak-kanak adalah serius.
"Saya memutuskan bahawa pembelaannya bukan sahaja tidak dapat dipercayai dan tidak dapat diterima oleh mahkamah.
"Berdasarkan sebahagian alasan berikut jelas secara keseluruhanya saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Siti Bainun melampaui keraguan munasabah," katanya.
BACA: Siti Bainun diperintah ke Penjara Kajang hari ini
BACA: Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Mengulas lanjut, beliau berkata, tertuduh yang berusia 31 tahun itu merupakan seorang aktivis masyarakat yang sering terlibat dengan kebajikan kanak-kanak.
“Dia sewajarnya memahami tanggungjawab yang perlu digalas sebaik mungkin, bukan menyalah gunakan serta melanggar amanah yang diberikan.
“Maka hukuman yang berat perlu dikenakan bagi memastikan kepentingan awam diberi perhatian yang sewajarnya,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah mendapati kecederaan yang dialami Bella adalah serius, malah sehingga kini ia meninggalkan parut.
Menurutnya, beberapa pakar perubatan semasa memberi keterangan turut mengesahkan, kecederaan itu berlaku pada masa yang berlainan bukan disebabkan satu insiden.
Hakim itu turut menggariskan lapan alasan mahkamah menolak pembelaan Siti Bainun antaranya hujahan bahawa keterangan Bella terkena air panas adalah keterangan dengar cakap kerana tertuduh tidak berada di tempat kejadian atau menyaksikan insiden berkenaan.
"Yasmin (saksi pendakwaan kelima, bekas penghuni Rumah Bonda di Wangsa Maju, Yasmin Nahar Mahmood, 20) ketika memberikan keterangan menafikan kejadian itu namun Bella tidak pernah mengesahkan kejadian itu walaupun dipangggil memberi keterangan.
"Tertuduh mendakwa kemalangan Bella terkena air panas diceritakan kepadanya melalui panggilan telefon, namun dia tidak mengemukakan sebarang rekod panggilan yang menunjukkan Yasmin menghubunginya," kata Izralizam.
Selain itu beliau berkata, kegagalan tertuduh memaklumkan kejadian yang berlaku pada Bella kepada pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menunjukkan tertuduh mereka-reka cerita mengenai kejadian air panas itu.
Izralizam berkata, keterangan saksi pembelaan kedua yang juga rakan Siti Bainun Norhazira Masling bersifat pemikiran terkemudian kerana nama wanita terbabit tidak pernah disebut sepanjang perbicaraan kes.
Malah katanya, tertuduh sendiri mengakui terdapat kecederaan pada badan Bella sebelum Mei 2021 ketika disoal balas pihak pendakwaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Siti Bainun
#Bella
#keputusan mahkamah
#tindakan kejam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan