awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan terhadap pegawai SPRM tiada kaitan tugas hakiki - KP Perkhidmatan Awam

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2015
15:20 MYT
Tindakan terhadap pegawai SPRM tiada kaitan tugas hakiki - KP Perkhidmatan Awam
ZABIDI: Tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pegawai SPRM berkenaan adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.
Tindakan terhadap dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai SPRM berkenaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pegawai SPRM berkenaan adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Mohamad Zabidi menjelaskan pegawai SPRM adalah anggota perkhidmatan awam serta tertakluk kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam khususnya berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib.
Sehubungan itu, katanya, pegawai SPRM juga hendaklah mematuhi antara lain larangan memberi apa-apa pernyataan umum untuk apa-apa tujuan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Selain itu, pegawai SPRM juga tertakluk kepada Kod Etika Kelakuan SPRM yang secara jelas, antara lain melarang pegawai SPRM membuat pernyataan umum tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya SPRM atau meluahkan apa-apa rasa tidak puas hati kepada SPRM dan kerajaan secara terbuka, katanya.
"Ini termasuk larangan untuk memberikan apa-apa pandangan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terhadap anggota pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang lain," katanya.
Mohamad Zabidi berkata satu perjumpaan antara Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, beliau sendiri, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mustafar Ali; Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob telah diadakan pada 10 Ogos.
Beliau berkata perjumpaan tersebut membincangkan perihal tindakan yang diambil terhadap Bahri dan Rohaizad adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Isnin lepas, Ali membatalkan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dikembalikan ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuat kuasa pada hari yang sama.
Topic Berkaitan
#Mohamad Zabidi Zainal
#perkhidmatan awam
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan