awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Tun Mahathir jadi teladan tidak baik kepada anak muda - Mustapa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
30/08/2015
14:01 MYT
Tindakan Tun Mahathir jadi teladan tidak baik kepada anak muda - Mustapa
Mustapa menyifatkan ada kaedah lain selain demonstrasi jalan boleh dijadikan platform untuk menyuarakan tuntutan. - Gambar Fail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed menyertai himpunan Bersih 4 yang dikategorikan sebagai haram menjadi teladan tidak baik untuk anak muda.
"Tidak wajarlah kerana Tun orang yang keras menentang demonstrasi jalanan. Ini sudah pasti memberi kesan teladan yang tak baik kepada anak muda," kata Mustapa selepas beramah mesra di Majlis Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini petang tadi.
Beliau turut menyifatkan ada kaedah lain selain demonstrasi jalanan boleh dijadikan platform untuk menyuarakan tuntutan.
Pada masa sama, beliau berkata sekiranya perhimpunan berlangsung aman, ia tidak akan menjejaskan imej Malaysia di mata pelabur asing.
"Setakat ini pelabur melihat Malaysia sebuah negara yang mampu mengekalkan perpaduan dan keamanan dan jika berlaku perkara tak diingini akan menjejaskan imej negara," kata beliau.
BACA: Bersih 4: Tun Mahathir 'jalan-jalan' di Pasar Seni
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bersih
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan