KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tindakan itu diambil bagi memberi keadilan kepada Raja-Raja yang mempunyai kedudukan tinggi melangkaui sempadan politik dan tidak wajar mereka diheret ke dalam kancah politik.
"Bila menyentuh kedudukan Raja-Raja, itu keputusan Raja-Raja supaya tindakan diambil kerana kita harus berlaku adil kepada mereka. Raja-Raja tak boleh jawab di Parlimen, Raja-Raja tak boleh jawab dalam media, dalam perbahasan biasa.
Ada perbincangan dengan Raja-Raja dan mereka (Raja-Raja) ada asas... jangan heret mereka (Raja-Raja) dalam gelanggang politik kerana tidak adil.
"Oleh demikian kita jelaskan kepada polis ambil tindakan. Kalau kritik kerajaan dan Perdana Menteri, saya tak mahu Akta Hasutan digunakan tetapi kalau sentuh Raja-Raja itu terserah.
...dan Raja-Raja telah maklumkan kepada Peguam Negara, dah maklum kepada polis dan Perdana Menteri bahawa mereka tidak mahu diheret dalam perbincangan politik," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Anwar turut menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung tindakan yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau berkata laporan polis itu dibuat oleh Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Sanusi dalam satu ceramah beliau di Selangor itu dianggap menghina Institusi Diraja Selangor.
"Dalam kes umpamanya (Sultan) Selangor itu laporan daripada Dewan Diraja Selangor, bukan laporan daripada saya atau peguam negara ambil tindakan berdasarkan laporan kita dan Sultan Selangor titahkan sedemikan.
Kalau dengar pandangan pembangkang terutama Perikatan Nasional, dia seolah mengetepikan hal ini dan ia dianggap zalim terhadap Sultan Selangor," katanya.
Anwar berkata tindakan yang sama juga diambil terhadap Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan menerusi ceramahnya di Muar pada 26 Ogos lepas.
Justeru Anwar sekali lagi mengingatkan semua pihak untuk tindak menyentuh isu berkenaan agama, institusi diraja dan kaum (3R) kerana tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan memainkan isu berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto BERNAMA
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pemilik simpanan bank luar negara lari bayar cukai bakal kena tindakan - LHDN
Mana-mana individu yang mempunyai simpanan wang dalam akaun bank di luar negara yang gagal membuat pelaporan cukai secara telus bakal berdepan tindakan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dua Ahli Parlimen Bersatu bakal berdepan tindakan undang-undang
Bersatu sedang meneliti dan mengumpul bukti bagi membolehkan tindakan perundangan diambil terhadap Zahari Kechik dan Mohd Azizi Abu Naim.
Victor Osimhen bakal saman Napoli berhubung video viral di TikTok
Video itu muncul selepas Osimhen membantu pasukan Itali memperoleh gelaran liga pertama untuk kelab itu dalam tempoh tiga dekad.
Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.
Kerajaan wajar lindungi kemuliaan, ketinggian institusi diraja - Pakar
Tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina institusi diraja adalah wajar bagi melindungi kemuliaan, ketinggian dan peranan berkecuali institusi berkenaan.
Tindakan undang-undang untuk pertahankan kedaulatan institusi diraja - PM
Sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.
Pesawat terhempas di Elmina: Kongsi gambar, video tragedi boleh dikenakan tindakan - MCMC
Hormati dan tunjuk empati yang tinggi pada keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas, gesa MCMC kepada orang ramai.
Pemimpin BJP maut ditembak di Uttar Pradesh India
Seorang pemimpin dari Parti Bharatiya Janata (BJP) maut ditembak di negeri Uttar Pradesh, India, lapor Xinhua memetik polis pada Jumaat.
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
PKR mungkin teruskan tindakan undang-undang terhadap bekas ahli khianat parti - Fahmi
PKR mungkin mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap beberapa bekas ahlinya yang telah mengkhianati parti sebelum ini, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.