Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan lagi kerjasama dengan agensi risikan serantau dan antarabangsa bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemantauan dan pemintasan di darat dan perairan akan diperluaskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selepas Operasi Daulat berakhir bagi mengelak berulangnya insiden kumpulan pengganas menceroboh negara.
Katanya agensi risikan antarabangsa berkaitan termasuk National Intelligent Coordinating Agency (NICA), The Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Chiefs of Police (ASEANAPOL) dan Polis Antarabangsa (Interpol).
"Perkara-perkara itu akan diberi perhatian kerana jaringan pihak polis dengan Counter Terrorism Task Force dari beberapa negara luar yang berkaitan telah membuahkan hasil dalam menjejaki musuh dan mengenal pasti tahap ancaman yang sebenar," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ketika melancarkan pusat pemerintahan Esscom menggariskan empat strategi penting yang perlu dilakukan dalam meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan negara.
Beliau berkata kerajaan juga akan mempertingkatkan pengawasan perairan negara melalui penggunaan teknologi terkini mengikut situasi semasa.
"Tiga pihak iaitu Pasukan Gerakan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Laut akan berbincang teknologi terkini yang terbaik dan cara yang efektif dipertimbangkan untuk memantau sepanjang 1,400 kilometer pantai Timur Sabah," katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata mana-mana kumpulan atau individu, rakyat atau orang luar tidak akan terlepas daripada tindakan tegas dalam penguatkuasaan undang-undang jika kedaulatan dan keselamatan negara diancam.
Katanya pembabitan rakyat sebagai "mata dan telinga' dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa akan diperkukuhkan, selain meningkatkan peranan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
"Secara peribadi sebagai Menteri Dalam Negeri, saya akan memantau keadaan keselamatan di seluruh Sabah, lebih-lebih lagi ketika kita menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13)," katanya.
Hishammuddin berkata Bahagian Keselamatan Dalam Negeri juga telah menubuhkan bilik gerakan di Kota Kinabalu dan boleh dihubungi melalui talian 088-487370 yang beroperasi 24 jam, khidmat pesanan ringkas (SMS) 013-8019960, faksimili 088-487371 dan e-mel [email protected].
"Dengan sokongan padu rakyat Sabah saya yakin selepas PRU13, kita akan membuat perancangan jangka masa panjang yang lebih mendalam demi keselamatan negeri ini," katanya dan menurutnya ini termasuk di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone).
Esscom merupakan ejen penguatkuasaan bagi Esszone yang merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Bernama
Sun Apr 14 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.