awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkat penglibatan MP pembangkang, Jawatankuasa Pilihan Khas kini dianggotai 9 ahli

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2021
08:39 MYT
Tingkat penglibatan MP pembangkang, Jawatankuasa Pilihan Khas kini dianggotai 9 ahli
Komposisi ahli bagi jawatankuasa itu akan melibatkan lima Ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan empat Ahli Parlimen dari pihak pembangkang, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penglibatan Ahli Parlimen Pembangkang dalam pentadbiran Parlimen terus diperkasa apabila jumlah Jawatankuasa Pilihan Khas ditambah daripada tujuh kepada sembilan ahli.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, komposisi ahli bagi jawatankuasa itu akan melibatkan lima Ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan empat Ahli Parlimen dari blok pembangkang.
Menurut beliau, sebelum ini, komposisi ahli bagi Jawatankuasa Pilihan Khas adalah seramai tujuh orang, di mana ia melibatkan lima Ahli Parlimen kerajaan dan hanya dua Ahli Parlimen dari pihak pembangkang.
“Sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, saya melihat langkah ini sebagai satu langkah yang amat signifikan dalam agenda transformasi Parlimen, di mana ia menjurus ke arah pembentukan budaya dwipartisan and inklusif di dalam Parlimen itu sendiri.
“Saya sentiasa berpendapat, pihak pembangkang bukanlah musuh dan mereka sepatutnya diajak untuk turut serta dalam menyelesaikan isu-isu melibatkan rakyat,” kata beliau selepas membentangkan usul tersebut di Dewan Rakyat, hari ini.
Pertambahan ini adalah selaras dengan Peraturan 82(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Usul itu juga adalah selaras dengan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani kerajaan dan pembangkang.
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Jawatankuasa Pilihan Khas
#penglibatan Ahli Parlimen pembangkang
#reformasi Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan