awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkatkan kebolehpasaran diri di Taylor's Future Movement

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
17/07/2021
02:30 MYT
Tingkatkan kebolehpasaran diri di Taylor's Future Movement
(Dari kiri) Datin Marina Mahathir, Datuk Nicol David dan Yunalis Zarai.
PENULARAN wabak COVID-19 memberikan pelbagai cabaran hebat kepada rakyat, bahkan mengubah cara menjalankan kehidupan harian.
Ia turut memberikan tempias hebat kepada para pelajar yang terpaksa mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) termasuk melaksanakan mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) bagi pengajian tinggi.
Kajian Pengesanan Graduan bagi tahun 2020 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merekodkan kadar kebolehpasaran graduan pada tahun lepas adalah 84.4 peratus, menurun sedikit berbanding 86.2 peratus pada 2019.
Justeru, bagi memastikan graduan tempatan terus mempunyai kebolehpasaran luas dalam industri pekerjaan di dalam negara dan antarabangsa, memperbaharui atau mempelajari pengetahuan baharu amat diperlukan supaya mereka tidak ketinggalan pada zaman mencabar ini.
Taylor’s Future Movement
Lanjutan daripada Hari Terbuka Taylor’s University, Taylor’s Future Movement (TFM) merupakan platform terbaik bagi menghubungkan graduan dan golongan profesional dalam industri.
TFM yang berlangsung sehingga 15 Ogos ini merupakan program tahunan universiti yang memasuki tahun keempat dan kali ini ia menekankan kepada tiga teras utama, iaitu Discover, Direction dan Community.
Mengangkat tema “Promises of The Future”, ia akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk bengkel Taster Taylor’s MicroCreds untuk meningkatkan dan mengasah kemahiran golongan profesional muda, di samping sesi “Ask Me Anything” untuk mengetahui lanjut mengenai program dan pengalaman ditawarkan universiti.
Selain itu, graduan juga boleh berinteraksi dan mengenal secara rapat dengan kelab dan persatuan universiti menerusi “Do-It-Yourself @Home Activity”.
Acara yang diadakan secara dalam talian selama lapan minggu itu turut membantu graduan dan golongan profesional mengasah potensi diri selain membina kemahiran baru bagi mempersiapkan mereka untuk industri sebelum dan pasca pandemik COVID-19.
Taylor’s University BizPod merupakan platform untuk pelajar mendapatkan bimbingan percuma secara terus daripada usahawan. - Foto Taylor’s University
Taylor’s University BizPod merupakan platform untuk pelajar mendapatkan bimbingan percuma secara terus daripada usahawan. - Foto Taylor’s University
Taylor’s University BizPod merupakan platform untuk pelajar mendapatkan bimbingan percuma secara terus daripada usahawan. - Foto Taylor’s University
Taylor’s University BizPod merupakan platform untuk pelajar mendapatkan bimbingan percuma secara terus daripada usahawan. - Foto Taylor’s University
Komuniti Taylor’s
Sertai komuniti Taylor’s untuk mengikuti sesi perkongsian bersama-sama personaliti hebat dalam industri dalam Hari Terbuka Hujung Minggu TFM yang dijadualkan pada bulan ini dan Ogos.
Mereka akan berkongsi mengenai cabaran industri masing-masing dan cara mendepaninya dengan kemahiran dan pemikiran yang diperlukan masa kini.
Antara personaliti terlibat termasuk penyanyi dan penulis lirik, Yunalis Zarai, Juara Dunia Skuasy, Datuk Nicol David dan aktivis politik dan penulis terkenal, Datin Marina Mahathir.
Tunggu apa lagi? Terokai pelbagai aktiviti menarik di Taylor’s Future Movement hari ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://uni.taylors.edu.my/taylorsphere/taylors-future-movement.
Taylor's University | Peluang bina masa depan lebih cerah di TFM 2021
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PdPR
#ODL
#universiti
#taylor's university
#Yuna
#Nicol David
#Marina Mahathir
#pandemik
#Taylor's Future Movement
#tfm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan