KUALA LUMPUR: Tahap kepopularan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kalangan rakyat kekal stabil pada 67 peratus meskipun negara kini berdepan kebimbangan berhubung isu ekonomi dan pandemik COVID-19, demikian menurut survei kebangsaan membabitkan pengundi di Semenanjung Malaysia yang berakhir baru-baru ini.
Survei itu, yang dijalankan oleh Merdeka Center antara 31 Mac dan 12 April tahun ini, juga menunjukkan bahawa Muhyiddin tetap mendapat sokongan kuat daripada pengundi Melayu iaitu sebanyak 83 peratus, Cina (30 peratus) dan India (66 peratus).
"Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding tahap kepopularan sebanyak 63 peratus yang dicatat pada akhir bulan Januari tahun ini," menurut pusat itu yang melakukan survei ke atas sejumlah 2,111 responden berumur 21 tahun dan ke atas bagi laporan terkini.
Selain itu, survei tersebut mendapati 'mood' rakyat berhubung hala tuju negara bercampur aduk dengan 41 peratus menyifatkan bahawa negara 'berada di landasan yang betul' manakala 46 peratus berpendapat negara 'berada di landasan yang salah.'
Pandangan ini menyaksikan perubahan ketara sejak Januari 2021 apabila hanya 32 peratus berpendapat negara berada di landasan yang betul manakala 46 peratus menganggap negara berada di landasan yang salah.
"Mereka yang berpandangan bahawa negara berada di landasan yang betul mempunyai perasaan positif terhadap pentadbiran dan mengakui bahawa kebajikan rakyat dijaga.
"Mereka yang berpandangan bahawa negara berada di landasan yang salah pula meluahkan kebimbangan berhubung kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang kurang memuaskan," menurut laporan itu.
Dari segi kebimbangan peribadi pengundi pula, laporan itu menunjukkan bahawa isu ekonomi kekal menjadi perhatian utama iaitu 57 peratus diikuti isu pandemik pada 16 peratus manakala isu politik berada di tempat ketiga dan hanya dinyatakan oleh 2.4 peratus daripada mereka yang ditemu bual.
Survei itu turut mendapati bahawa kebimbangan mengenai isu ekonomi disokong oleh keadaan kewangan peribadi pengundi yang menyaksikan 57 peratus melaporkan bahawa keadaan mereka 'semakin teruk' berbanding tahun lepas sebelum berdepan kesan penuh perintah kawalan pergerakan susulan penularan pandemik.
Sementara itu, berhubung isu pandemik COVID-19, survei sama mendapati majoriti pengundi iaitu 70 peratus berpuas hati dengan cara kerajaan menanganinya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Survei oleh Merdeka Center itu juga menunjukkan Muhyiddin tetap mendapat sokongan kuat daripada pengundi Melayu iaitu sebanyak 83 peratus, Cina (30 peratus) dan India (66 peratus). - Gambar fail
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Pekerja berumur dakwa didiskriminasi dalam pekerjaan - Tinjauan
Kira-kira satu daripada lima individu berusia 55 tahun ke atas mendakwa mereka didiskriminasi kerana faktor usia, menurut satu kajian di United Kingdom (UK).
Pemilu 2024: Prabowo kukuh sebagai pendahulu dalam tinjauan pilihan raya
Prabowo Subianto melebarkan kedudukannya ke atas dua lagi pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaharu.
Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan
Mohd Shuhaily dilihat memasuki Blok R apartmen berkenaan, dipercayai untuk meninjau lokasi kejadian termasuk aliran anak sungai.
78 peratus penuntut Malaysia yakin negara mereka tempat yang baik untuk didiami - Kajian global
Tinjauan sama menunjukkan 84 peratus pelajar yang ditinjau di Malaysia mahu tempoh pengajian ijazah lebih singkat bagi mengurangkan yuran.
Tinjauan: 72 peratus rakyat Malaysia merancang untuk melancong tahun ini
Tinjauan mendapati 69 peratus responden Malaysia merancang melancong ke luar negara, manakala 41 peratus memilih pasaran ASEAN.
Strok: Ambil tindakan, bertindak pantas
Seorang daripada empat rakyat Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 jika tiada langkah pencegahan diambil.
Putin dipercayai 77.7 peratus rakyat Rusia - Tinjauan
Hanya 15.7 peratus responden tidak setuju dengan prestasi Putin sebagai presiden.
Hampir separuh orang dewasa AS sokong haramkan TikTok - Tinjauan
Ia berdasarkan tinjauan dilakukan Reuters-Ipsos yang mengajukan soalan berkait kebimbangan keselamatan negara dan China.
#SuaraMalaysia: 69 peratus sedia terima pelaksanaan subsidi bersasar
Sebanyak 69 peratus responden menyatakan bahawa mereka bersedia untuk pelaksanaan subsidi bersasar.
Anwar akan umum tindakan tambahan selepas selesai tinjau banjir di Pantai Timur
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pengumuman itu akan dilakukan selepas beliau selesai meninjau keadaan di sana pada petang hari ini.