Seorang lelaki sanggup mengemukakan dokumen palsu kepada pihak Pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) kerana ingin mendapatkan pekerjaan sebagai pensyarah di pusat pengajian tinggi itu.
Tindakannya itu hanya terbongkar selepas tiga tahun menjadi pensyarah di universiti tersebut.
Lelaki berusia 51 tahun yang dihadapkan ke mahkamah Majistret Pulau Pinang pada Khamis bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya kerana menipu pengurusan USM untuk mendapatkan pekerjaan.
Tertuduh, N.Thevananthan, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, L Umma Devi.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu pihak pengurusan USM dengan menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pensyarah pada 15 Ogos 2008.
Dia didakwa dengan curang mendorong USM menyerahkan bayaran berjumlah RM195,081.38.
Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 466/471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan dokumen palsu iaitu sijil Doktor Falsafah dalam Pendidikan dari University of Maryland, Amerika Syarikat.
Umma Devi kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM17,500 bagi kedua-dua pertuduhan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Hajar Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam M. Athimulan.
Semua sijil yang digunakan tertuduh disedari palsu oleh pengurusan USM pada Jun 2011.
Lelaki itu yang dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu bagaimanapun bertindak menghantar notis perletakan jawatan 24 jam sebelum pihak USM membuat laporan polis.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Mar 08 2018
N.Thevananthan didakwa menggunakan beberapa sijil palsu sehingga mendorong pengurusan USM untuk melantiknya sebagai pensyarah.- foto Astro AWANI
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Ingkar PKP: Pasar awam pertama di Pulau Pinang diarah tutup tiga hari
Pasar awam di Kompleks Sri Aman di Relau, Pulau Pinang menjadi pasar awam pertama ditutup selama tiga hari di negeri itu.
Beberapa jalan sekitar George Town ditutup mulai Jumaat hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini.
Pekerja MBPP maut dirempuh wanita mabuk
Seorang pekerja MBPP maut selepas dirempuh pemandu wanita warga China yang memandu dibawah pengaruh alkohol di Georgetown
Siti Nurhaliza, Rosyam Nor terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup AAM
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Selebriti 2019 oleh Akademi Pengurusan Asia
Polis berjaya selamatkan mangsa culik dalam tempoh kurang 24 jam
Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Syria dalam tempoh kurang 24 jam yang menjadi mangsa diculik rakan-rakan senegaranya.
Warga Rusia maut terjun kondominium
Mangsa yang dikenali sebagai Katya ditemui mati di tingkat sembilan kondominium tersebut oleh rakannya.
Mayat lelaki jatuh feri dijumpai
Mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan orang awam berhampiran Jeti Swettenham di sini, kira-kira jam 10 pagi Ahad.
Enam pemancing dikhuatiri hilang di Pulau Pinang
Keenam-enam pemancing terbabit keluar memancing kira-kira jam 8 pagi, dengan menaiki sebuah bot fiber berjalur merah, biru dan hitam.
Lelaki maut terjun dari tingkat lima Prangin Mall
Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan patah tulang tangan.
Video tular: Wanita terjun jambatan, berjaya diselamatkan
Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hasil tindakan pantas seorang anggota polis bantuan.