awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari

Bernama
Bernama
16/01/2025
09:30 MYT
Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Suasana di pekarangan pejabat syarikat agensi pelancongan, di Sepang, Selangor, semalam, sewaktu pihak polis melakukan siasatan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Lapan individu termasuk pasangan suami isteri pemilik syarikat pelancongan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Sebanyak lapan laporan polis telah diterima membabitkan 379 mangsa manakala premis syarikat terbabit ditutup sementara untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Selangor menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat pelancongan berkenaan di Sepang, Selangor.
Pada petang hari yang sama, pengarah urusan syarikat terbabit melakukan sidang media di ibu negara sebelum keadaan bertukar kecoh apabila lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan susulan kegagalan syarikat itu menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.
Siasatan awal mendapati syarikat terbabit mula menjalankan perniagaan sejak 2022 dan beroperasi dari premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat pelancongan
#kes penipuan
#umrah
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan