awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat

Faida Rahim
Faida Rahim
06/01/2025
04:00 MYT
Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat
KHAIRIL NIZAM: Laksanakan Titah Adendum kerana ia satu penghormatan kepada Institusi Diraja. Kalau tidak dilaksanakan, inilah penderhakaan tertinggi Kerajaan Malaysia. -Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan perlu mengambil tanggungjawab memohon maaf kepada seluruh rakyat secara terbuka kerana menyembunyikan kewujudan Titah Adendum.

Ringkasan AI
  • Kerajaan perlu memohon maaf secara terbuka dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletakkan jawatan kerana menyembunyikan kewujudan Titah Adendum.
  • Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membacakan perintah adendum yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong ke-16 membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
  • Najib merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum, yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

AJK Pas Pusat Khairil Nizam Khirudin berkata, Kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu mengambil tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan.
“Hari ini terungkap semua kebenaran. Bila kita dengar jawapan menteri-menteri dan juga Perdana Menteri sendiri dalam parlimen, jawapan mereka sangat mengelirukan dan akhirnya harini terungkap kebenaran bahawa ada Titah Adendum.
“Kalau gentleman, letak jawatan (PM Anwar Ibrahim) dan mohon maaf segera kepada rakyat.
"Laksanakan Titah Adendum kerana ia satu penghormatan kepada Institusi Diraja. Kalau tidak dilaksanakan, inilah penderhakaan tertinggi Kerajaan Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI.
Sebentar tadi, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membacakan perintah adendum yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong ke-16 membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Muhammad Shafee merujuk kepada dokumen itu ketika berhujah untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuan Najib bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk memaksa kerajaan mendedahkan Titah Adendum dan melaksanakannya.
Peguam kanan itu dalam hujahannya berkata, anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar mengetahui kewujudan dokumen itu pada 2 Disember tahun lalu daripada istana di bawah arahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Shafee berkata, pada Sabtu lalu, Nizar memberitahu beliau diperintah menghadap Sultan Pahang yang memaklumkan kewujudan salinan Titah Adendum dalam simpanan baginda.
Prosiding hari ini didengar panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
Najib, 72, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Najib mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong tuntutannya termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima kerana ia khabar angin semata-mata.
Najib memohon perintah mandamus untuk memaksa responden menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Titah Adendum
#Khairil Nizam Khirudin
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan