awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
Tenom diisytihar kawasan bencana banjir dan tanah runtuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Agong tuntut kerjasama ahli politik kerajaan dan pembangkang - penganalisis

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
25/10/2020
11:50 MYT
Titah Agong tuntut kerjasama ahli politik kerajaan dan pembangkang - penganalisis
Sikap matang ahli politik juga perlu diterjemahkan menjelang persidangan Dewan Rakyat dan pembentangan Belanjawan 2021 awal bulan depan. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Semua ahli politik kerajaaan dan pembangkang perlu terbuka dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sama-sama mengatasi masalah yang membelenggu negara ketika ini.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, titah itu menuntut kerjasama dan kesefahaman yang jitu antara kedua-dua pihak.
Menurut beliau, tanpa kerjasama, ia boleh mencetuskan krisis dalam keadaan negara kini berdepan pandemik COVID-19.
“Jadi kedua-dua belah pihak harus memberi fokus kepada usaha untuk menangani masalah ini (rakyat dan COVID-19) secara bersama dan bukannya melakukan sesuatu yang boleh memporak-perandakan kestabilan politik negara,” katanya menerusi temu bual secara langsung menerusi slot AWANI Sarawak pada Ahad.
Selain itu, Dr Jeniri berkata, semua ahli parlimen wajar bersikap matang dan tidak sesekali meletakkan kepentingan politik dan peribadi mendahului kepentingan rakyat.
Malah katanya, sikap matang itu juga perlu diterjemahkan menjelang persidangan Dewan Rakyat dan pembentangan Belanjawan 2021 awal bulan depan.
“Semua memimpin perlu memberi sokongan kepada Belanjawan yang akan dibentangkan bagi membolehkan negara ini menangani apa sahaja masalah ekoran ancaman COVID-19.
“Sekiranya perkara ini tidak berlaku (sokongan) dan Belanjawan 2021 gagal diluluskan, ia akan mendatangkan masalah kepada negara.
"Sehubungan itu, segala kesalahan perlu diletakkan sepenuh kepada ahli parlimen yang tidak menyokong Belanjawan tersebut sekali gus menyusahkan rakyat," katanya.
BACA: Tiada keperluan isytihar darurat - Istana Negara
Terdahulu menerusi titahnya, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
Malah Baginda turut berpendapat bahawa tiada perlunya ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan sedia ada.
Topic Berkaitan
#Kerjasama ahli politik
#Sama-sama tangani COVID-19
#ahli politik
#Ahli Parlimen Kerajaan
#Ahli Parlimen Pembangkang
#COVID-19
#Dr Jeniri Amir
#atasi krisis negara
#Pandemik COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan