KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat pada Rabu bakal menyaksikan sejumlah 16 kementerian akan menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja.

Ia selepas sejumlah 93 Ahli Parlimen membahaskan usul tersebut selama empat hari bermula 14 September lalu.

Menjadi fokus perbahasan empat hari itu adalah permasalahan yang dilalui rakyat tatkala menempuh impak akibat pandemik COVID-19.

Selain itu, pelbagai isu nasional, kawasan setempat serta hubungan antarabangsa telah dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen sepanjang perbahasan berlangsung.

Sebelum sesi menjawab perbahasan usul itu, sesi soal jawab lisan akan mengambil tempat terlebih dahulu pada jam 10 pagi.

Mengikut notis yang dikeluarkan Parlimen, sesi menjawab perbahasan usul tersebut akan dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sekitar jam 11.30 pagi.

BACA: Pantau Ahli Parlimen anda di SisiTVParlimen

Ia akan disusuli oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan.

Sesi menjawab usul tersebut akan diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Ia diikuti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Tiga kementerian terakhir yang akan menjawab usul pada Rabu adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jemaah menteri atau timbalan setiap kementerian akan menjawab persoalan serta cadangan yang dikemukakan Ahli-ahli Parlimen, termasuk pencelahan terhadap setiap jawapan balas yang diberi.

Astro AWANI akan membawakan laporan komprehensif persidangan tersebut di saluran 501, astroawani.com serta di pelbagai platform media sosial Astro AWANI.

Senarai penggiliran menjawab usul Titah Diraja oleh kementerian:

22 September 2021:
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
2. Kementerian Pertahanan
3. Kementerian Kewangan
4. Kementerian Kerja Raya
5. Kementerian Pendidikan
6. Kementerian Pengangkutan
7. Kementerian Sumber Manusia
8. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
9. Kementerian Alam Sekitar dan Air
10. Kementerian Dalam Negeri
11. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
12. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
13. Kementerian Pengajian Tinggi
14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
15. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
16. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

23 September 2021:
17. Kementerian Kesihatan
18. Kementerian Perpaduan Negara
19. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
20. Kementerian Luar Negeri
21. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
22. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
23. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
24. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
25. Kementerian Wilayah Persekutuan
26. Kementerian Belia dan Sukan
27. Jabatan Perdana Menteri (sebagai Kementerian yang bertanggungjawab akan menggulung bagi Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja)