awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa magnitud 3.0 gegar New York, New Jersey

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2025
04:30 MYT
Gempa magnitud 3.0 gegar New York, New Jersey
Gempa bumi bermagnitud 3.0 gegar kawasan metropolitan New York dan New Jersey, berpusat di Hasbrouck Heights. -Foto USGS
NEW YORK: Gempa bumi bermagnitud 3.0 dilapor menggegarkan kawasan metropolitan New York dan sebahagian besar New Jersey lewat Sabtu malam.

Ringkasan AI
  • Gempa bumi bermagnitud 3.0 gegar kawasan metropolitan New York dan New Jersey, berpusat di Hasbrouck Heights.
  • Gegaran ringan dirasai di Brooklyn, Manhattan dan The Bronx; tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.
  • Gempa ini dianggap gegaran susulan kepada gempa 4.8 lebih awal, ingatkan penduduk bahawa aktiviti seismik boleh berlaku di luar zon gempa tradisional.

Menurut laporan United States Geological Survey (USGS), gempa dikesan berlaku pada jam 10.18 malam waktu tempatan dan berpusat di Hasbrouck Heights, New Jersey.
Gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer di bawah permukaan bumi.
Penduduk di beberapa kawasan termasuk Brooklyn, Manhattan, dan The Bronx melaporkan merasai gegaran ringan selama beberapa saat, yang digambarkan sebagai “swaying” atau gerakan membuai.
Tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda setakat ini.
Menurut European-Mediterranean Seismological Centre (EMSC), kekuatan gegaran mungkin mencecah magnitud 3.8, menjadikannya sebagai satu gegaran susulan kepada gempa bumi bermagnitud 4.8 yang berlaku lebih awal pada hari yang sama di kawasan Readington Township, New Jersey.
Pihak berkuasa tempatan dan agensi pengurusan kecemasan sedang memantau keadaan dan memberi jaminan bahawa gegaran tersebut tidak menimbulkan ancaman serius kepada keselamatan awam.
Gempa bumi di kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat jarang berlaku, namun insiden ini mengingatkan penduduk bahawa aktiviti seismik boleh berlaku di luar zon gempa tradisional.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#New York
#kawasan metropolitan
#New Jersey
#Brooklyn Manhattan dan The Bronx
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan