awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Titah Sultan Selangor ada makna tersirat, seru rakyat rai perbezaan - Penganalisis

Khalis Khadir
Khalis Khadir
01/01/2025
10:10 MYT
Titah Sultan Selangor ada makna tersirat, seru rakyat rai perbezaan - Penganalisis
Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah Sultan Sharafuddin itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub.
“Ramai yang sudah mula menyanggahi penggunaan media sosial sehingga ada yang keterlaluan, menghina, mengaibkan seseorang individu lain yang boleh menggugat perpaduan serta melahirkan ancaman.
“Maka, dalam konteks ini saya berpendapat, Sultan Selangor mahu setiap rakyat berperanan menggarap nilai sebenar hubungan antara satu sama lain, bukan melahirkan kebencian,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Beliau berpandangan, realiti hari ini membuktikan media sosial menjadi alat utama merosakkan perpaduan apabila banyak pembunuhan karakter berlaku.
Lebih parah katanya, masyarakat disajikan dengan fitnah dan maklumat palsu terutama dalam era kecanggihan kecerdasan buatan sehingga menyukarkan usaha ke arah keharmonian.
Bagi memastikan negara kekal aman, Sivamurugan berharap orang ramai dapat memahami erti yang lebih besar daripada titah Sultan Sharafuddin adalah rakyat dapat meraikan perbezaan kerana manusia dilahirkan untuk saling mengenali.
Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan harapan agar semua pihak berhenti bertelagah, khususnya dalam kalangan pemimpin, komuniti perniagaan, dan penjawat awam yang tamakkan kuasa dan kemewahan.
Sultan Selangor turut khuatir dengan pelbagai cubaan membunuh karakter yang semakin berleluasa dengan niat memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu.
Dalam masa sama, baginda turut menyeru rakyat terus bersama-sama membanteras rasuah kerana gejala itu boleh meruntuhkan sesebuah tamadun.
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Sultan Selangor
#media sosial
#rakyat Malaysia
#keharmonian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan