Titah untuk tukar Menteri Besar Johor sudah lama dibuat - TMJ

Astro Awani
April 9, 2019 10:07 MYT
TMJ: Saya harap Menteri Besar yang baru bukanlah -yes man- Putrajaya saja. - Gambar fail/Astro AWANI
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitternya hari ini memaklumkan titah supaya Menteri Besar Johor ditukar telah lama dibuat.
"Kebawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan," katanya.
Selain itu, Tunku Ismail menerusi juga berharap agar Menteri Besar baharu nanti bukanlah seorang yang mengikut perintah Putrajaya.
"Saya harap Menteri Besar yang baru bukanlah 'Yes Man' Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Johor mesti diutamakan," katanya.
BACA: Osman Sapian letak jawatan Menteri Besar Johor

Titah utk tukar Menteri Besar dah lama. Tetapi org lain pula nak ambil kredit dan mileage, kononnya dia arahkan. Kebawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jgn lupa, kuasa memilih Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup cukuplah politicking.

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya harap Menteri Besar yang baru bukanlah yes man Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Johor mesti diutamakan. I hope the new Menteri Besar is not a yes man of Putrajaya. The welfare of the people and well being of the state must always be a priority.

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam.
Berita peletakan jawatan itu diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Spekulasi Johor bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar semakin mendapat perhatian selepas Datuk Osman Sapian dilaporkan tidak hadir ke Pemukiman Pemimpin Malaysia dan Singapura kali kesembilan, yang diadakan selama dua hari bermula Isnin, di Putrajaya.
BACA: Mana MB Johor di pemukiman pemimpin Malaysia dan Singapura?
Sumber dalaman memberitahu Astro AWANI, Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal telah mewakili Menteri Besar Johor dalam pemukiman tersebut.
Sebelum ini spekulasi Osman yang juga ADUN Kempas bakal digugurkan dari jawatannya atas sebab-sebab tertentu, tersebar sejak beberapa bulan lalu.
#Menteri Besar Johor #Menteri Besar Johor letak jawatan #osman sapian letak jawatan #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Tunku Mahkota Johor