Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited membantu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan bekas Kapal Diraja (KD) Rahmat yang mengalami kebocoran sehingga sebahagian badannya senget di persisiran pantai berhampiran Marina Waterfront di sini, semalam.
Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli sejak pukul 11.30 pagi tadi, pihaknya giat menjalankan kerja-kerja mengepam keluar air dari kapal dikenali sebagai 'Ex KD Rahmat' itu dan masih berlarutan sehingga kini.
"Anggota TLDM akan bergilir-gilir mengepam keluar air dari kapal itu selama 24 jam berturut-turut sehingga ia selesai dan ditegakkan semula kerana kapal itu pernah berkhidmat dengan kami.
"Sehingga kini, proses pengepaman menunjukkan perubahan apabila air dalam kapal berada bawah paras air laut dan kita juga telah menutup saluran keluar air supaya air tidak masuk lagi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Ex KD Rahmat dikatakan mengalami kebocoran kira-kira pukul 3 pagi menyebabkan sebahagian badannya senget sehingga gambar kapal itu tular di media sosial Facebook.
Selepas dilucut tauliah beberapa tahun lalu, Ex KD Rahmat diserahkan kepada syarikat Plus Asia Jaya (Perak) Sdn Bhd oleh kerajaan negeri Perak sebelum dijadikan muzium atau kapal pameran kepada orang awam sejak 2011, namun ditutup Ogos tahun lalu atas faktor keselamatan.
Menjelas lanjut, Mohamad Roslan berkata kebocoran menyebabkan sebanyak 10 daripada 13 bahagian kapal di dek paling bawah dimasuki air termasuk bilik enjin dan bilik peluru, namun jumlah kerugian belum diketahui.
Katanya,a kapal itu diberikan kepada kerajaan negeri Perak seterusnya dijadikan monumen dalam usaha menjadikan bandar Lumut yang dikenali sebagai bandar TLDM lebih menarik.
"Kita tidak menolak kemungkinan terdapat injap kapal yang bocor menyebabkan air masuk ke dalam kapal sehingga ia senget di bahagian kiri," katanya.
Mohamad Roslan berkata selain TLDM, pihaknya turut menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi membantu menyelamatkan kapal tersebut daripada tenggelam.
Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat Plus Asia Jaya (Perak) Sdn Bhd, Datuk Loi Kong Yam berkata pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku dan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera.
Loi dalam pada itu berterima kasih kepada TLDM dan kerajaan negeri kerana membantu memperbetulkan semula kedudukan kapal itu.
"Setakat ini kita percaya proses menegakkan semula kapal ini dijangka siap dalam masa dua hingga tiga hari lagi sebelum membuat pemeriksaan dan menilai kerugian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2017
Keadaan kapal 'Ex KD Rahmat' yang senget ini menjadi tular di media sosial. - Foto: Pembaca Astro AWANI/Media Sosial
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.
Soalan Sejarah SPM didakwa bocor: Diam, tiada kenyataan rasmi tidak selesaikan masalah - PIBGN
Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mendiamkan diri bukanlah langkah penyelesaian terbaik.
Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Laporan itu mendakwa, antara soalan bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.