KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyarankan syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjalin kerjasama dalam memperkenalkan kadar caj untuk kenderaan elektrik (EV) yang mampu dilanggani oleh rakyat.
Perdana Menteri berkata TNB ketika ini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik secukupnya.
"Pada masa sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia.
"Malah, syarikat telekomunikasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak ini untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian," katanya semasa berucap melancarkan Perodua Alza Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Ismail Sabri berkata kerjasama pintar seumpamanya perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia selain dapat menjamin kelestarian dan pembangunan negara yang mampan.
Katanya kerjasama itu juga dapat membantu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada tahun 2050, seperti yang dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan bersedia berbincang dengan pihak swasta untuk memastikan dasar atau inisiatif yang diperkenalkan bersesuaian dengan hala tuju negara.
Ismail Sabri berkata baru-baru ini, beliau telah meminta Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak dalam wilayah High-tech Valley untuk membangunkan sebuah pusat latihan dan penyelidikan iaitu Centre of Advanced Automative Research and Training (CAART).
Mengenai model Perodua Alza Serba Baharu, Ismail Sabri percaya model baharu itu akan diterima baik oleh seluruh Keluarga Malaysia kerana harganya yang kompetitif dan aspek keselamatannya dipertingkatkan sesuai dengan aspek pemanduan di Malaysia.
"Berdasarkan daripada laporan media massa mengenai model Perodua Alza Serba Baharu ini, saya amat tertarik dengan ciri-ciri canggih yang ada padanya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Ismail Sabri berkata, kerjasama pintar antara Perodua dan TNB dapat membantu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada 2050, seperti yang dipersetujui di peringkat PBB.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
TNB, Perodua disaran jalin kerjasama perkenal kadar caj EV mampu dilanggani - PM
TNB ketika ini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih.