awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNG dan Lazada jalin kerjasama, perkasa PMKS

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
25/07/2022
05:52 MYT
TNG dan Lazada jalin kerjasama, perkasa PMKS
Lazada komited dalam memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus diperkasa melalui pelbagai inisiatif e-dagang, termasuk TNG e-wallet. - FB \ Touch 'n Go Malaysia
KUALA LUMPUR: Kumpulan Touch 'n Go mengumumkan, syarikat TNG Digital Sdn Bhd yang mengurus dan pemilik sistem Touch 'n Go e-wallet meraih suntikan dana pelaburan terbaru sebanyak RM750 juta daripada Lazada Group serta pemegang-pemegang saham yang lain.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kumpulan Touch 'n Go memaklumkan pelaburan itu mengukuhkan kerjasama melibatkan segmen utamanya iaitu e-dagang dan perkhidmatan kewangan serta pembayaran digital.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Effendy Shahul Hamid berkata, beliau berbesar hati serta mengalu-alukan Lazada ke dalam keluarga TNG e-wallet.
"Saluran dana pelaburan ini juga meletakkan TNG e-wallet di satu tahap baharu melibatkan ekosistem Lazada dan Touch 'n Go.
"Kami akan terus berkembang dalam semua aspek perkhidmatan kewangan digital serta memastikan perkhidmatan ditawarkan adalah berteraskan inovatif dan inklusif," tambah Effendy.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, pihaknya komited menjadi pemacu kepada pembangunan kapasiti dalam kalangan peniaga terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.
Selain pelaburan oleh Lazada, sejumlah pemegang saham sedia ada TNG Digital turut menyalurkan pelaburan tambahan pada kali ini.
Pendanaan baharu ini menjadikan TNG Digital berjaya meraih dana bernilai lebih RM1 bilion sejak 18 bulan lalu.
Selain Lazada, antara pemegang saham pada TNG Digital adalah termasuk Ant Group, AIA Group, dan juga, BowWave Capital.
Topic Berkaitan
#e-wallet
#Lazada
#Touch 'n Go
#tng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan