Allahyarham Tan Sri Adenan Satem merupakan seorang wakil rakyat yang sering turun ke padang bagi melihat serta memastikan setiap perancangan pembangunan di kawasan yang diwakilinya berjalan lancar demi manfaat kepada rakyat.
Di sebalik tugasan rasmi sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Datu, Adenan sering meluangkan masa untuk memancing di sekitar kawasan tersebut yang berada berhampiran pantai serta sungai yang kaya dengan pelbagai sumber perikanan.
Berkongsi kisah menarik bersama penulis, Penghulu Daerah Lundu Zon Stunggang Melayu Ibrahim Suni, 68, berkata antara lokasi yang diminati bekas Ketua Menteri Sarawak itu termasuk di pesisir pantai Sematan, Telok Melano, Pulau Talang-talang dan jika di sungai di kawasan Batang Kayan menjadi pilihannya.
"Ketika memancing di Batang Kayan, apabila umpan dimakan, Adenan akan berkata 'ini apek ni' dia sudah boleh jangka dari situ kita nampak naluri dia serta kepakaran sebagai seorang pemancing udang sangat baik.
"Itu senario yang biasa untuk kami yang selalu mengikuti beliau untuk memancing," katanya sambil menambah Batang Kayan sememangnya dikenali sebagai lubuk udang galah.
Di Sarawak, udang galah kadang kala dipanggil 'apek'.
Terletak kira-kira 110 kilometer dari Kuching, Lundu berada di tepi sungai manakala Sematan pula di tepi laut merupakan antara kawasan dalam DUN Tanjong Datu.
Ibrahim yang mengenali secara rapat Adenan sejak 11 tahun lepas berkata selain itu sisi positif yang dapat dilihat ketika memancing, Adenan seorang yang sangat rajin membaca.
"Dia sangat suka membaca sampai ketika memancing pun tengok buku. Kita memang tidak tahu apa perancangan beliau ketika memancing sambil membaca tetapi saya rasa kadang kala berkaitan dengan perancangan kepada kawasan.
"Sebagai contoh, tiba-tiba dia keluar dengan idea untuk membina Tebingan Sungai di Lundu ini," katanya.
Ketika ditanya lokasi yang menjadi kegemaran Adenan jika pulang ke kawasan, Ibrahim berkata sebuah kedai kopi di pekan tersebut menjadi tumpuan bekas Adun Tanjong Datu itu untuk menikmati hidangan Laksa Sarawak.
"Adenan kalau ke Lundu memang selalu ke Kedai Kopi Hasni Corner, dia akan beritahu kami nak pergi makan Laksa Sarawak di situ. Selain itu, sebuah gerai menjual cendol di atas Pasar Lundu juga menjadi lokasi kegemarannya untuk menjamu selera,"
Mengimbau kenangan bekerja di bawah Adenan, Ibrahim berkata mereka perlu berhati-hati kerana beliau amat menitikberatkan kepentingan rakyat seperti mahu setiap projek dilaksana sebaik mungkin.
"Bila balik ke kawasan, dia mesti pergi melawat tengok projek-projek, apa yang telah dilaksanakan. Dia pernah datang melihat projek tanpa memberitahu, kalau belum buat dia sendiri telefon tanya kenapa tidak buat lagi.
"Sebab itu kami di bawah pentadbiran Tok Nan kena berhati-hati serta berjaga-jaga kerana dia ini kalau projek mesti serius tidak boleh tangguh demi kepentingan rakyat," kata Ibrahim.
Ibrahim yang ternyata masih terkesan dengan pemergian Adenan pada Rabu lalu berkata, penduduk di Lundu tidak percaya ketika mula mendengar berita itu, namun perlahan-lahan dapat menerima suratan takdir itu.
"Memang terasa pemergian beliau, dia sangat rapat dengan penduduk, kalau dia balik kawasan sangat mesra, tidak ada protokol ajak kita duduk sama minum kopi makan laksa sarawak tanpa ada halangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
Di Sarawak, udang galah kadang kala dipanggil 'apek'. - Foto Bernama
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.